Sunday, May 26, 2013

Famous Amos Cookies

Assalamualaikum.

Sihat ke semua? Harap semua sihat yer..cuti sekolah dah mula, pergi holiday ke mana? Jiha insyaAllah 28hb ni gerak ke KL. Nak gi hantar adik yg dapat masuk USIM. Sambil menyelam sambil minum air. Boleh la gi jalan2 jugak yer dak? Hehe



Hari ni Jiha share resipi biskut ni yer. Cnp dari blog akak Siti Delima. sedappppp...

Biskut Coklat Chip Famous Amos (Home Made)
Sumber : Che Ct Delima

Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain : 
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - Optional
50 gm kismis hitam - dibelah dua (Jiha x letak)


Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Wednesday, May 22, 2013

Toffee Caramel Cheesecake

Assalamualaikum.


Haa..ada yang terliur tak tengok kek ni? Jiha masa first time tengok gambar kek ni dekat blog Najah Bakery, terus rasa terliur. Nak order dgn Najah Bakery kang jauh sgt pulak. Dekat Perlis nuu. Haddoii. Jadi, penyelesaiannya, Jiha google jela resipi ni. Alhamdulillah, jumpa jugak dekat blog Rasa Basyirah

Kek ni dilimpahi dengan sos karamel sebagai topping dekat atas kek. Fuyoo, topping dia memang sedap. Tapi, kek ni takleh makan banyak2 yer, takut gemuk nanti haha. Apepun, kek ni sangatlah yummylicious gituu..nahh..Jiha panjangkan resipi kek ni dekat sini yer, sape nak try bolehlaa. Terimakasih kepada empunya resipi. Daa..



TOFFEE CARAMEL CHEESECAKE
SumberRasa Basyirah



Bahan base:

150 gm biskut marie
130 gm butter cair

Cara:

1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.

Tofee :

Bahan:

40 gm almond nib
60 gm gula kastor

Cara:

1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.

2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.

Bahan Cheese:

200 gm cream cheese
20 gm gula kastor
8 gm gelatin
60 gm air
200 gm whipped cream (whisk dahulu)

Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.

2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata

3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.

4-Sejukkan dalam peti ais.


Topping :

1/2 cawan brown sugar

1 cawan anchor whipping

1 tsp butter

Cara:

1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik


Hiasan

100 gm walnut (imported) di tos dan cincang

Cara:

1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan

*sebaiknya sejukkan kek ni semalaman.


Tuesday, May 21, 2013

Kek Karamel Pelangi - Lama Betul Tak Update Blog!

Assalamualaikum wbt..

Lama betul tak update blog..*bunyi cengkerik..
Nak kata busy tak jugak. K mengaku jelaa hang malas Jihah oii..hikhik.. But now i'm back. Hurmm harap-harap lepas ni rajin lah yer update blog kesayangan ni. Walaupun dah lama tak update blog, tak bermakna sekarang Jihah dah masuk dapur yer..nonono.. Sekarang ni memang banyak try masak2, sebab nanti bila dah start belajar balik, takde masa dah nak masuk dapur. Memasak tak susah kalau rajin mencuba - falsafah diri sendiri..ceitt.. Hehe

Oh iya..Jiha dah dapat result STPM bulan mac hari tu ( cerita lama yer tuan puan ). And Alhamdulillah..Jihah dapat result okey = 3.5 and above.. :) Alhamdulillah thankyou Allah..
Okey dah2. Hari ni nak kongsi resipi Kek Karamel Pelangi ni. Sebenarnya kek ni Jihah jual jugak hihi. Harus berterimakasih kepada tuan empunya resepi ni iaitu Kak Munirah . Kek ni memang sedap sangat, tambah2 bila ada gabungan puding dan kek. Lepas tu warna-warni pulak, lagi lah menampakkan kek ni begitu menggiurkan. Ewahh2..


Jiha suka kalau puding karamelnya tebal sikit, lagi best. Untuk resipi ni, Jiha cnp dr blog E-na Lovely Kitchen . Lapisan pudingnya lebih tebal..so yummyyyyy..

KEK KARAMEL PELANGI



Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. 
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. 
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek.
Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)

  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. 
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...