Wednesday, August 27, 2014

Oreo Brownies

Assalamualaikum.



Harini teringin nak makan kek coklat. Tapi bila fikir2, boring pulak kek coklat. Amboii.... :p


Jadinya, harini Jiha buat Oreo brownies ni. Sedap sangat sebab penuh dengan rasa coklat. Jiha guna coklat Vochelle untuk brownies ni, Jiha lagi suka guna coklat yang biasa kita makan dari guna coklat masakan sebab lagi sedap. Nak buat brownies ni senang sangat dan tak menggunakan mixer. Jiha just kacau adunan brownies ni guna whisk and here you go..you will get a perfect brownies for your sweet tooth! Tambahan lagi, brownies ni kan memang nipis je atau kita panggil kek bantat, jadi kalau makan ni susah nak rasa muak. Kalau yang minat biskut oreo, haa ni la pilihan yaang tepat kalau dah boring makan biskut oreo saja2. Kita boleh pelbagaikan jadi kek, brownies, aiskrim, puding dan sebagainya. Hehe. Oreo brownies ni memang sesuai untuk makan time minum petang.  Tak perlu masukkan dalam peti sejuk pun takpe, sebab brownies tak sejuk pun still rasa sedap. Okey, silalah cuba. Wink! ^_^


OREO BROWNIES

Bahan-bahan :

90g butter / marjerin (Jiha guna marjerin Daisy)
250g milk chocolate
85g gula kastor
2 biji telur
Sedikit esen vanilla
50g tepung gandum
Sedikit baking powder
10-12 kpg biskut Oreo (bahagikan kepada 2, separuh untuk dihancurkan letak dlm adunan brownies & separuh lagi untuk hiasan brownies)

Cara-cara :
  • Panaskan oven 170c .
  • Cairkan coklat dan marjerin dengan menggunakan kaedah double-boiler. Tutup api bila sudah cair.
  • Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga sebati. Seterusnya, masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau dengan menggunakan whisk.
  • Masukkan tepung, baking powder dan biskut oreo yang dihancurkan, kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang(Jiha guna loyang saiz 8×8) yang telah digriskan dengan mentega atau baking paper. Hiaskan dengan biskut Oreo.
  • Bakar di dalam oven selama 25-30minit atau sehingga masak. Sedia untuk dihidangkan.







Tuesday, August 26, 2014

Air Ribena Berlaici dan Bersoda?

Assalamualaikum..


Anda dahaga? Ecehh..hehe. Jom buat air ribena berlaici dan bersoda ni. Jiha suka air ni sebab memang menyegarkan bila masuk lalu dalam tekak. Yelah, gabungan antara ribena, laici dan air soda memang refreshing. Kalau minum time dahaga memang refreshing! Ayuh buatt~♥

AIR RIBENA BERLAICI DAN BERSODA

Sedikit kordial Ribena atau blackcurrant
3/4 cawan air soda (Jiha guna F&N)
Laici dalam tin (campurkan juga air laici sikit)
Satu sudu gula
Sedikit air
Ais

Cara-cara : 
  • Campurkan semua bahan2 dan kemudian, masukkan ais. Senang saja. Hehe






Sunday, August 24, 2014

M&M Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum..

Malaysia sememangnya sedang diuji oleh Allah SWT. Bermula dengan tragedi MH370, dan kemudian MH17, ujian ini sangat berat bg Malaysia. Jiha harap keluarga mangsa2 tragedi ini terus tabah dan kuat. Kita semua hanya mampu berdoa semoga roh2 mangsa tragedi sentiasa dicucuri rahmat. Amin..


Baiklah, harini Jiha nak kongsi resipi cookies. M&M Choc Chip Cookies ni Jiha selalu buat tiap2 kali balik rumah time cuti semester. Kadang2 ada juga dapat order untuk cookies ni ^_^

Cookies ni sedap dan lagi nampak yummyy bila kita letak coklat M&M. Jadinya..double yummy laa..hehe. Untuk resipi ni, Jiha guna resipi Double Choc Chip Cookies ni, cuma tak letak serbuk koko. Senang sangat. Bolehlah cuba yer? ;)

M&M Choc Chip Cookies

Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain : 
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
Sedikit air nescafe, kacau dengan kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - OptionalCoklat M&M secukupnya

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur + nescafe dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan kekacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan coklat M&M.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Wednesday, August 20, 2014

Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum..

Gabungan antara coklat dan cheese sememangnya menjadi favourite Jiha sepanjang zaman. Okey over sikit la sepanjang zaman tu. Hehe. Selain kek kukus lapis cheese yang Jiha suka (boleh rujuk sini), Marble Cheese Brownies ni pun Jiha suka. Makan sepotong memang nak lagi. Adik2 Jiha pun suka. Dah banyak kali sebenarnya Jiha buat brownies ni. Lagipun nak buat brownies ni senang, sebab tu rajin sikitlah nak buat. :)

Terima kasih kepada empunya resipi ni. Jiha rujuk fotopages kak Rinnchan . Selamat mencuba~



MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla 



Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.



Bahan-bahan lapisan cheese: 
250g cream cheese 
1 cwn gula castor 
1 biji telur gred B 

Cara-cara: 
1. Pukul cream cheese hingga gebu. 
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. 

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Tuesday, August 19, 2014

Congo Bars

Assalamualaikum.

Tinggal lagi 3 minggu sebelum masuk sem baru dkt UPM. Sobs cuti dah nak habis. Lama sangat cuti ni, memang malas sikit la nak gi UPM. Hehe. Otak pun dah lemau. Lol

Baiklah, harini jom tengok resipi Congo Bars ni. Jiha rujuk resipi Congo Bars ni dari Bakerella. Tapi HARUS diingatkan, resipi Congo Bars dari Bakerella memang guna banyak gula. Jadi kena pandai kurangkan atau seimbangkan guna choc chips. Macam Jiha, Jiha guna banyak dark choc chips nak bagi kurang rasa manis tu. And Jiha jugak kurangkan kuantiti gula tu.


Tekstur Congo Bars ni macam brownies + cookies. Camane tu? Hewhew. Sedap. Lagi satu, untuk Congo Bars ni, Jiha tak guna hand/stand mixer. Just guna spatula je. Senang kan? Jadi mesti cuba yer? ^_^

CONGO BARS

Bahan-bahan :
2/3 cawan butter / marjerin
300g gula perang (kurangkan yer hehe)
3 biji telur
1 tsp esen vanilla
2 3/4 cawan tepung gandum*
1 tsp baking powder*
Sedikit garam
2 cawan choc chip (Jiha guna dark choc chip)
150g almond nib atau apa2 jenis kacang

Ayak bahan *



Cara-cara:

  1. Whisk butter dan gula sampai sebati dengan menggunakan     spatula. Kemudian masukkan telur satu persatu dan whisk     lagi.
  2. Masukkan vanilla. Kemudian masukkan choc chip & kekacang.
  3. Lastly, masukkan bahan kering (tepung, garam & baking powder) dan gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang 10'×10' yang telah digriskan dengan butter. Hiaskan dengan choc chip & kacang.
  5. Bakar adunan dengan suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak.





Sunday, August 17, 2014

Puding Coklat Sos Kastard

Assalamualaikum.

Masih tak terlambat Jiha nak ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir batin untuk semua. Sebab baru update blog ni hehe. Lagipun raya sebulan ye dak? ;)

Okeylah, back to our main point, harini Jiha nak share resipi Puding Coklat Sos Kastard ni. Mmg mabeles. Mmg sedap. Kanak2 pun suka. Perfect dessert! Chocolate and kastard can be a good friend. Cuba yer? ^_^



PUDING COKLAT SOS KASTARD
Rujukan : Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain)
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair 
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...