Wednesday, February 13, 2013

Sweet Corn Crepe

Assalamualaikum..haiyaaa..ini olang aa manyak malas mau update blog maa..hehe. .


Rasanya tak terlambat lagi Jiha nak ucap Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai..okey, sekarang Jiha nak share resipi sweet corn crepe yg Jiha buat minggu lepas. Yelah, fenomena crepe2 dah nak expired, Jiha baru rasa nak buat..haiyaa..Resipi ni Jiha ambik dari fanpage Jom Masak dekat Facebook. Terima kasih yea untuk resipi ni, Jiha nak share kat sini pulak yer..Resipi asal durian crepe, tp Jiha tukar letak sweet corn yg dalam tin tu..

SWEET CORN CREPE
Sumber : Fanpage Jom Masak

Bahan-bahan:

Crepe:
-20gm tpg gndum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdb myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning


Filling :
-150ML FRESH CREAM diputar hingga kental.
-isi durian. - Jiha ganti dgn sweet corn dalam tin


Cara-cara :
-masuk sume bhn dlm mngkuk..sebatikan dgn whisk dan tapis..
kalau pekat just tmbh air sikit..
-boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kene hilangkn buih2 tu..dulu
tuk elakkn crepe akan berlubang bila byk buih..
-ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
-layangkan kuali agar adunan sekata..
-masak atas api kecil..
-masak hingga kering..angkt..tk perlu terbalikkn msa angkat tu

Filling:
-ltkkn fc ltk isi durian ..dan letak lagi fc di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
-siaapp..


^_^

Sunday, February 3, 2013

Chocolate Mousse

Assalamualaikum semua..nahh..hari ni kita makan dessert yer..aci kan? aci2~


Jiha buat choc moussse ni sebab nak perabiskan stok whip cream dalam esbok tu.. Ada whip cream lebih lepas buat Choc Cheesecake hari tu. Kang kalau dibiarkan whip cream tu berehat dlm esbok lama2, konfem2 nanti dah tak boleh guna.


Cakap pasal choc mousse ni, macam2 cara ada untuk buat ye dak? Semua ikut citarasa masing2, yang penting hasilnya memuaskan hati sesiapa sahaja. 'Skema' aihh ayat hari ni hehe. Okey, taknak mukadimah panjang lebar, kita terus ke resepinya ye. Macam ni la kalau Jiha buat choc mousse ni, senang yg amat sangat. Proses pun tak lama, dalam setengah jam..tapi make sure kena sejukkan dalam fridge tu lebih kurang 4-5 jam baru best nak makan. Memang sejuk la rasa tekak kita bila choc mousse ni masukk..yummy! K, selamat mencuba..daa~



CHOCOLATE MOUSEE

Bahan-bahan ( dapat 4 bekas ) :

1 cawan whipping cream
2 biji telur - asingkan kuning dgn putih telur
5 sudu gula halus
250gm choc masakan
Sesudu marjerin/ butter
1/2 sudu serbuk nescafe - bancuh dgn sedikit air
1 sudu esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul whipping cream menggunakan whisker/mixer sampai stiff peak. 
  2. Dalam bekas yg lain, masukkan kuning telur dan gula. Kacau sampai telur tu bertukar kaler jadi cerah sikit. Dalam 3-4 minit mcm tu lah..
  3. Dalam bekas yg lain lagi, cairkan choc masakan dan marjerin dgn menggunakan teknik double boiler. Lepas choc dah cair, masukkan serbuk nescafe yg dah dibancuh dgn air.
  4. Masukkan adunan kuning telur tadi ke dalam adunan choc kita. Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler jgk. Kejap je, lepas tu angkat dan ketepikan.
  5. Pukul putih telur dalam bekas lain sehingga stiff peak/kembang. 
  6. Akhir sekali, gabungkan kesemua adunan ( whip cream, choc dan putih telur ). Kacau adunan sehingga sebati - Jangan terlebih kacau supaya texture mousse kita tak hilang. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. 
  7. Sejukkan mousse dalam fridge selama 4-5 jam atau semalaman. Sedia dimakan :)

Enjoy your mousse.. ^_^

Friday, February 1, 2013

Chilled Chocolate Cheesecake

Assalamualaikum semua. Semalam birthday mama Jiha, jadi Jiha buat cheesecake ni. Happy Birthday ma, iloveyousomuch.. :*


Kek ni sedap, rasa mcm sama je dgn yg dekat Secret Recipe tu..cuma takleh makan banyak2 lah, muak nanti. Lagipun kek ni manis, kena kurangkan sikit sukatan gulanya tu..Kena sabar buat kek ni sebab dia banyak lapis, kena masuk peti dulu selapis2 hihi. Kek ni kena sejukkan dalam peti lama sikit, seeloknya semalaman, barulah cantik je bila potong, tak comot..Tapi senang je, sebab tak perlu bakar dalam oven tu..Terima kasih kepada empunya resipi, Jiha cnp kat sini yer.. :)

CHOCOLATE CHEESECAKE
Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/1678

Bahan-bahan ( 18cm ) 
  • Lapis Bawah:
  • 120gm biskut tiger (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)
  • 70gm unsalt butter (dicairkan)
  • Lapis Atas:
  • 250gm cream cheese (lembutkan)
  • 120gm gula kastor
  • 2 keping biskut tiger (hancurkan..klu nk tambah lagi boleh..tp jgn byk sgt plak)
  • 150gm whipping cream
  • 1 ½ tbsp gelatine
  • 80ml full cream milk
  • Chocolate mousse:
  • 250gm whip cream
  • 1 tbsp vanilla essence
  • 1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
  • 50gm serbuk koko + 80 gm gula icing
  • 1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
  • Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)
  • Chocolate ganache:
  • 35gm serbuk koko
  • 50gm gula kastor
  • 150gm whipping cream
  • 80gm chocolate masak
  • 30gm mentega


Cara-cara

  1. Lapisan bawah:
  2. Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam pan (18cm) yang boleh buka tepi. Masuk dalam peti sejuk.
  3. Lapisan atas:
  4. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
  5. Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)
  6. Chocolate mousse:
  7. Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse
  8. Chocolate ganache:
  9. Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.
  10. Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rase agak manis sedikit. So kalau sape yang xsuke manis2, boleh kurangkan sket sukatan gula. 


Selamat mencuba :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...