Wednesday, January 14, 2015

Kek Pisang Lembut

Mood harini rasa macam nak baking kek. Tapi taknak buat kek yang susah atau leceh cara penyediaanya. Terfikir nak buat kek apa...

Tak lama lepas tu..adik Jiha balik rumah bawak sesikat pisang kiriman tok. Terus terbayang kek pisang! Yess....godek2 resipi, terliur tengok kek pisang lembut dari blog Kak Azlita. Bahan-bahan mudah dan dah sedia ada dekat dapur, jadi on lah nak buat. Kek ni memang lembut. Untuk butter yang dah dicairkan, jangan guna butter yang bergaram yer, nanti masin. Hehe. Sesiapa yang berminat nak cuba, boleh cuba yer. 



KEK PISANG LEMBUT

Bahan-bahan:

4 biji telur gred A
8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
1 cawan gula kastor atau gula halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam



Cara-cara:

Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C
Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan
Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata.
Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata
Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna.
Sediakan loyang ukuran 9 inc, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang
Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.

Tuesday, January 13, 2015

Baked Potato Cheese

Assalamualaikum..

Lama tak update blog kesayangan disebabkan sibuk dengan kelas, assignment and exam. Alhamdulillah dah habis semester 3, pheww lega. Sekarang tengah cuti sem 6 minggu, adalah masa nak update blog, insyaAllah..

Berbalik kepada resipi harini..Jiha nak share resipi Baked Potato Cheese yang Jiha buat untuk breakfast pagi tadi. Simple dan sedap. Cuma masa buat ni kena sabar sikit sebab kentang ambil masa untuk rebus, kemudian kena masuk oven pulak bakar....tapi jangan risau, sebab berbaloi. Sedapppp. Hewhew

Untuk resipi ni, Jiha cuma guna bahan2 yang ada dekat rumah sahaja. Jiha guna kentang biasa, kalau ada kentang russet lagi elok sebab besar. Memang recommended guna kentang russet. Intinya Jiha letak ayam dan sosej. Boleh tukar letak daging cincang ke nak tambah sayur ke..apa2 je mengikut citarasa. Cheese pulak Jiha just guna cheddar slice cheese. Boleh nak guna slice cheese biasa makan dengan roti tu atau cheddar parut atau mozarella. Semua sedapp..satu lagi, kalau tak nak rebus kentang, boleh jugak bakar dalam oven. Jadinya kentang 2 kali masuk oven..ok jom cuba yer ;)



BAKED POTATO CHEESE

Bahan-bahan:
5 biji kentang saiz besar/sederhana
1/2 cawan susu segar (bergantung kepada banyak mana kentang)
Bawang besar
Ayam dipotong kecil
Sosej dihiris nipis
Garam
Blackpepper
Cheddar slice cheese

Cara-cara:
  • Basuh kentang. Jangan buang kulit kentang. Kemudian rebus kentang sehingga empuk. 
  • Sementara tunggu kentang direbus, menggunakan kuali, panaskan minyak/mentega (Jiha guna mentega). Tumis bawang besar dan masukkan ayam dan sosej. Perasakan dengan garam, blackpepper, lada sulah. Siap.
  • Selepas kentang dah siap direbus, biarkan kentang sejuk seketika. Kemudian, potong kentang kepada 2 bahagian. Kalau kentang saiz sederhana, potong sikit je dekat atas. Sebab kita nak jadikan kentang tu macam mangkuk. Keluarkan/korek isi kentang menggunakan sudu. Jangan keluarkan semua. Rujuk gambar di bawah.
  • Lenyek isi kentang yang dah dikeluarkan tadi (macam mashed potato). Tambahkan susu segar. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau sebati.
  • Masukkan adunan kentang lenyek tadi ke dalam mangkuk kentang. Layer kedua masukkan adunan ayam dan sosej. Akhir sekali, letakkan cheese di atas. Bakar dalam oven 180c selama 10-20minit atau sehingga masak. 
  • Sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan dengan sos cili. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...