Tuesday, October 21, 2014

Nasi Ayam

Assalamualaikum.

Harini lunch masak apa? Jiha masak Nasi Ayam ni untuk lunch harini. Sape je tak suka nasi ayam kan? Kalau masak sendiri, lagi syiokkk. Siap bertambah lagi kan..Hehe. Resipi ni Jiha rujuk dari blog kak Azie Kitchen . And ada sikit-sikit Jiha tambah. Banyak jugak koleksi resipi nasi ayam dari Kak Azie. Nanti insyaAllah nak try resipi yang lain pulak. Thanks Kak Azie. Lets cekidauttt~





NASI AYAM
Rujukan : Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk


Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
4 sudu madu
Garam dan gula secukup rasa
Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.

 
Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning
 
*Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
 
  
Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam  1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

*Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka). Jiha masak sekejap.
 
 
Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

*Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
 

Untuk kicap 
2 ulas bawang putih - Jiha tambah
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam
1 sudu cuka - Jiha tambah

*Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.
 
 
Hidangkan bersama salad, timun batang dan tomato. Selamat menjamu selera :)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...