Harap sihat lah semua yer. Harini Jiha nak share resipi Triple Chocolate Cheesecake ni. Jiha berkenan nak try buat ni lepas tengok rancangan My Kitchen Rules season 5. Salah satu pasangan lelaki pangkat ayah2 iaitu 'Paul and Blair' yang buat cheesecake ni (ni peserta favourite Jiha) hehe. Ada sape2 yang suka tengok tak rancangan ni? Kita geng! hewhew
Tambahan lagi, bila diorang buat cheesecake ni, diorang dapat full mark 10/10 daripada juri2. Layer cheesecake diorang pun cantik. Satu lagi, mesti sedap nii. Paul and Blair letak buah rasberry dekat tengah2 layer kek diorang, Jiha pulak letak buah strawberry. Cheesecake ni sangat sedap yer sebab kita guna 3 jenis coklat (white choc, milk choc and dark choc). Memang rasa la setiap layer tu ada jenis coklat yang berbeza. Jiha gua coklat Vochelle untuk kek ni.
Tapi sayang..gambar cheesecake Jiha tak berapa cantik layer dia sebab tak penyabar nak potong cheesecake tu. Hehe. Percayalah, cheesecake ni sedap sangatt!! Jom cuba yer? Thanks Paul and Blair for this recipe.
TRIPLE CHOCOLATE CHEESECAKE
Rujukan : Paul & Blair My Kitchen Rules
*Sediakan loyang yang sesuai untuk cheesecake. Jiha guna cake ring je, saiz 23cm.
Untuk base cheesecake:
300g biskut coklat
125g mentega (dicairkan)
Cara-cara :
Cairkan mentega dan masukkan ke dalam biskut yang telah dihancurkan. Jiha guna biskut oat coklat tu sebab nak bagi ada rasa macam kacang2 sikit. Tekan adunan biskut dan mentega ke dalam loyang. Ni untuk dasar kek je yer. Bila dah siap, masukkan loyang ke dalam peti sejuk sementara kita buat adunan cheesecake pulak.
Untuk cheesecake:
750g cream cheese
100g gula kastor
300ml thickened cream (Jiha campur cream dengan yogurt strawberry sebab cream tak cukup hehe - tapi still sedap)
200g white chocolate
200g milk chocolate
200g dark chocolate
3 tsp gelatine
*cairkan semua jenis coklat
Cara-cara:
Putar cream cheese dan gula kastor sehingga sebati dengan menggunakan mixer. Kemudian, masukkan cream. Putar lagi. Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas. Kacau sebati.
Bahagikan adunan cheese kepada 3 bahagian.
Setiap bahagian adunan cheese, masukkan coklat yang berlainan - white choc, milk choc dan dark choc. Kacau hingga sebati.
Masukkan setiap adunan cheese ke dalam loyang yang dah ada base biskut tadi. Mulakan dengan adunan cheese + white choc. Masukkan dalam fridge kejap sebelum masukkan layer kedua, iaitu cheese + milk choc. Ulang lagi untuk layer atas sekali, cheese + dark choc.
Jiha letak buah strawberry dekat tengah2 layer milk & dark choc tu. Yang ni optional nak letak ke tak.
Sejukkan adunan cheesecake dalam fridge semalaman.
Sedia untuk dihidang! :)
Selamat mencuba!
Assalam
ReplyDeleteSedap nmpk nya jiha
Cheese sentiasa yummyy
Wslm..yummy sgt cheesecake ni kak..hee
DeleteSalam singgah dkt sini.
ReplyDeleteSedapnyaaaa..kek itu
Terus terasa nk pegi beli kek
www.mynutriqueen.com
Tq sudi singgah. Mmg sedap kek ni hee
DeleteAs salam...salam perkenalan..
ReplyDeleteSedapnya cheese cake ni...seronok akak baca blog yg ada resepi2 ni..lepas tu mulalah nak try...:-)
Wslm..salam kenal jgk kak izah..tq sudi singgah n cubalah buat kek ni hehe
Delete