Tuesday, March 12, 2013

Ayam Masak Halia


Assalamualaikum..

Lama tak update blog ni muehehe. Bukan ape, line tenet tak cun. Ceh, salahkan line, diri sendiri pon malas jgk sebenarnya hihi. Ok lah, masak apa tengah hari ni? Jiha hari ni masak tomyam putih dgn ayam masak halia ni. Senang and cepat. Layan resepi ni yee.. :)

AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan :
  • 700gm ayam ( potong kecil )
  • 4 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 2 inci halia ( hiris halus )
  • Sedikit blackpaper ( optional kalau nak pedas sikit )
  • Sos tiram secukup rasa
  • Sedikit kicap ( kalau suka )
  • Garam, gula dan perasa secukup rasa
  • Bawang besar dan lada
Cara-cara :
  • Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam. Biarkan sampai separuh masak.
  • Masukkan sos tiram, serbuk blackpaper, kicap dan perasakan dgn garam, gula dan perasa. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air. Biarkan sehingga masak.
  • Masukkan bawang besar dan lada. Tutup api. Dah siap.. :)

5 comments:

  1. salam..
    menu fav all time ni.. mmg sedap ^_^..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal dan knjung bls...sori ye kmaz bru nk jnguk dpur najihah...mcm2 ada kat sni...suka kmaz tgk...nti kmaz link kat blog list kmaz ye....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...