Sunday, August 24, 2014

M&M Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum..

Malaysia sememangnya sedang diuji oleh Allah SWT. Bermula dengan tragedi MH370, dan kemudian MH17, ujian ini sangat berat bg Malaysia. Jiha harap keluarga mangsa2 tragedi ini terus tabah dan kuat. Kita semua hanya mampu berdoa semoga roh2 mangsa tragedi sentiasa dicucuri rahmat. Amin..


Baiklah, harini Jiha nak kongsi resipi cookies. M&M Choc Chip Cookies ni Jiha selalu buat tiap2 kali balik rumah time cuti semester. Kadang2 ada juga dapat order untuk cookies ni ^_^

Cookies ni sedap dan lagi nampak yummyy bila kita letak coklat M&M. Jadinya..double yummy laa..hehe. Untuk resipi ni, Jiha guna resipi Double Choc Chip Cookies ni, cuma tak letak serbuk koko. Senang sangat. Bolehlah cuba yer? ;)

M&M Choc Chip Cookies

Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain : 
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
Sedikit air nescafe, kacau dengan kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - OptionalCoklat M&M secukupnya

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur + nescafe dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan kekacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan coklat M&M.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


9 comments:

  1. kalau coklat m&m gaul skali dgn adunan boleh jaa kan??

    ReplyDelete
  2. Susu tepung tu klau tak letak , boleh tak sis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Mungkin boleh gantikan dgn nestum atau cornflakes yg dikisar halus. Sedap jgk :)

      Delete
  3. Air nescafe tu..mcm mana sukatan bancuhan ye?

    ReplyDelete
  4. Air nescafe tu..mcm mana sukatan bancuhan ye?

    ReplyDelete
  5. Sy pun nk tau sukatan nescafe hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...