Showing posts with label Snacks. Show all posts
Showing posts with label Snacks. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Baked Potato Cheese

Assalamualaikum..

Lama tak update blog kesayangan disebabkan sibuk dengan kelas, assignment and exam. Alhamdulillah dah habis semester 3, pheww lega. Sekarang tengah cuti sem 6 minggu, adalah masa nak update blog, insyaAllah..

Berbalik kepada resipi harini..Jiha nak share resipi Baked Potato Cheese yang Jiha buat untuk breakfast pagi tadi. Simple dan sedap. Cuma masa buat ni kena sabar sikit sebab kentang ambil masa untuk rebus, kemudian kena masuk oven pulak bakar....tapi jangan risau, sebab berbaloi. Sedapppp. Hewhew

Untuk resipi ni, Jiha cuma guna bahan2 yang ada dekat rumah sahaja. Jiha guna kentang biasa, kalau ada kentang russet lagi elok sebab besar. Memang recommended guna kentang russet. Intinya Jiha letak ayam dan sosej. Boleh tukar letak daging cincang ke nak tambah sayur ke..apa2 je mengikut citarasa. Cheese pulak Jiha just guna cheddar slice cheese. Boleh nak guna slice cheese biasa makan dengan roti tu atau cheddar parut atau mozarella. Semua sedapp..satu lagi, kalau tak nak rebus kentang, boleh jugak bakar dalam oven. Jadinya kentang 2 kali masuk oven..ok jom cuba yer ;)



BAKED POTATO CHEESE

Bahan-bahan:
5 biji kentang saiz besar/sederhana
1/2 cawan susu segar (bergantung kepada banyak mana kentang)
Bawang besar
Ayam dipotong kecil
Sosej dihiris nipis
Garam
Blackpepper
Cheddar slice cheese

Cara-cara:
  • Basuh kentang. Jangan buang kulit kentang. Kemudian rebus kentang sehingga empuk. 
  • Sementara tunggu kentang direbus, menggunakan kuali, panaskan minyak/mentega (Jiha guna mentega). Tumis bawang besar dan masukkan ayam dan sosej. Perasakan dengan garam, blackpepper, lada sulah. Siap.
  • Selepas kentang dah siap direbus, biarkan kentang sejuk seketika. Kemudian, potong kentang kepada 2 bahagian. Kalau kentang saiz sederhana, potong sikit je dekat atas. Sebab kita nak jadikan kentang tu macam mangkuk. Keluarkan/korek isi kentang menggunakan sudu. Jangan keluarkan semua. Rujuk gambar di bawah.
  • Lenyek isi kentang yang dah dikeluarkan tadi (macam mashed potato). Tambahkan susu segar. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau sebati.
  • Masukkan adunan kentang lenyek tadi ke dalam mangkuk kentang. Layer kedua masukkan adunan ayam dan sosej. Akhir sekali, letakkan cheese di atas. Bakar dalam oven 180c selama 10-20minit atau sehingga masak. 
  • Sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan dengan sos cili. 


Thursday, December 11, 2014

Jejari Roti Coklat dan Nestum

Assalamualaikum..

Ewah..lama tak bersiaran.

Short update. Jiha nak share resipi mudah cepat lg letops ni. Idea ni datang dari FB, ada orang share. Memang sedap, sesuai untuk makan petang sebagai snek. Cubalah yer..


JEJARI ROTI COKLAT DAN NESTUM

Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Coklat - dicairkan
Nestum

Cara- cara:
  1. Potong kecil roti dan bakar sebentar di dalam oven.
  2. Celupkan roti dalam coklat yang telah dicairkan. 
  3. Salutkan roti coklat tadi dengan nestum.
Senang sangat nii....hehe


Tuesday, June 24, 2014

Onion Ring

Assalaamualaikum..

Okey, I know that it's been so long since my last update. Almost a year kot. Haha. But now I'm back (for a while maybe lol). Dah selamat habiskan 2 semester dekat UPM. Still ada 2 setengah tahun lagi. Mental breakdown..

Back to reality, sekarang tgh cuti sem sampai bulan 9 nanti. Lama sikit cuti Alhamdulillah. So, it's time for cooking, baking...

Alright, harini nak share resipi Onion Ring. Senang sangat and sesuai untuk minum petang dengan family. Kalau beli dekat kedai tak puas makan, so why not buat sendiri kan. Hehe.


ONION RING

Bahan-bahan:
  • 2 biji bawang besar (potong bulat2)
  • 3-4 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • Garam & gula secukup rasa
  • Blackpepper/oregano
  • 1/2 cawan air
  • Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan kecuali bawang. Kacau sebati. Biarkan kejap.
  2.  Panaskan minyak. Masukkan bawang dalam adunan tepung & goreng sehingga warna jadi keemasan.
  3. Sedia untuk dimakan.

Senang kan? ^_^

Saturday, December 22, 2012

Popia Nestum

POPIA NESTUM

Bahan-bahan:
Kulit popia
1/2 cwn nestum
1/2 cwn gula
1/3 cwn horlicks
Sedikit tepung gandum + air (sebagai paste untuk lekatkan kulit popia)
Minyak untuk menggoreng




Cara-cara:
Pisahkan kulit popia dan gulungkan kulit popia.
Gam kulit popia dengan paste gandum dan air.
Gunting kulit popia ( 1 inci atau mengikut kesukaan masing-masing).
Goreng popia sehingga bertukar warna kuning keperangan.
Salutkan popia dengan nestum, gula dan horlicks yang sudah dikisar bersama.
Sejukkan, dan sedia untuk dimakan.


^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...