Rindunya nak ber-blog. Last post pun lama betul hehe. Sibuk dengan life as a degree student dan Alhamdulillah dah habis tahun kedua. Pejam celik pejam celik tinggal setahun setengah je lagi untuk habiskan degree. How time flies~
Ok sekarang tengah cuti semester 2 bulan lebih, jadi bolehla nak update blog sikit-sikit kan. Jiha nak ucap terima kasih dekat pengunjung blog yang jenguk sini walaupun blog ni suam-suam kuku. Kiki
Oh ye, Selamat Berpuasa semua. Semoga Ramadhan tahun ni membawa seribu erti untuk kita semua. Sempena dengan bulan Ramadhan ni, Jiha nak share resipi biskut raya yang sangat simple tapi sedap. Sesuai untuk hari raya nanti. Anda boleh tambah je apa-apa yg anda suka macam choc chip ke kan. Macam kekacang tu tak sesuai sangat sebab biskut ni dah crunchy. Cuba tau. Terima kasih untuk empunya resipi asal ;)
CRUNCHY OREO COOKIES
Rujukan : Naz Cute Oven
Bahan-bahan A :
1 cawan tepung gandum - ayak
1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
125 gm butter
1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
1 tsp esen vanilla
1 biji telur gred A @ B - Jiha guna gred B
Sedikit coffee essence - Jiha tambah
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
Buah ceri yang dipotong kecil
Cara penyediaan :
Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum.
Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit.
Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba ^_^
No comments:
Post a Comment