Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

Satu Gambar, Ada Ceritanya - Kek Secret Recipe

Assalamualaikum..


Secret Recipe memang famous dengan pelbagai jenis kek. Jiha pun memang suka kek dekat SR. Kalau keluar gi mana-mana, memang suka usha kek SR dan akan beli jugak 1 slice. Tak boleh tahan nafsu hehe. So harini Jiha nak share kek favourite Jiha, yang Jiha selalu beli kalau singgah SR. White-dark Choc Cheesecake ni la kek favourite Jiha. Jiha kan memang 'hantu' coklat + cheese, kek yang Jiha paling suka pun memang kena ada kaitan dengan coklat dan cheese. Cantik pulak tu layer kek ni..suka tengok layer kek ni, kemas je kan. Tapi yang sedihnya..kalau dekat Pantai Timur, kek ni susah sikit nak jumpa. Macam Jiha kan rumah dekat Besut Trg, SR dekat Jerteh memang takde kek ni. Aiyoyoo...

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk wanita bertudung, biasanya memang ada masalah dengan rambut kan sebab kadang-kadang kita terus pakai tudung time rambut basah lagi atau bila kita bertudung, rambut selalu gugur ke apa kan..but Alhamdulillah, sekarang dah banyak produk untuk kita selesaikan masalah rambut wanita bertudung..dan semestinya Sunsilk Lively Clean & Fresh sangat2 berkesan untuk masalah ni. Alaa yang Sunsilk botol hijau yang Heliza jadi duta tu. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh tengok dekat link bawah ni yer.

Sunsilk Lively Clean & Fresh



Oh ya, tahun ni Sunsilk ada buat digital contest - share kisah menarik dengan Sunsilk dan hadiahnya pun sangat lumayan. Fuhhh. Boleh share cerita dekat sini yer : Sunsilk -Menemanimu Sejak Tahun 2000

Good luck! :)

Friday, September 5, 2014

Keep Fit - Senaman di Rumah

Assalamualaikum..

Zaman sekarang ni memang banyak berlaku masalah kegemukan dan obesiti. Bagi perempuan, inilah masalah yang paling kami takuti, takut nanti tak lawa. Suka makan banyak, tapi malas bersenam. K terasa. *sigh. Orang perempuan biasanya tak terlalu rajin untuk bersenam. Kalau yang suka bersenam, Alhamdulillah dan tahniah. Jangan kerana badan dah kurus, kita jadi kurang bersenam.

Jiha nak share stail Jiha untuk keep fit. Jiha lagi suka buat exercise di rumah. Selain daripada buat kerja-kerja rumah, inilah yang Jiha selalu praktikkan. At least dapat keluarkan peluh pun dah okey sangat daripada tak keluar peluh langsung. Tapi sekali-sekala kena keluar jugak exercise yer. 

Gambar dari Google

Rujuk gambar di atas yer. Jiha syorkan surirumah buat senaman dekat rumah macam ni. Senang dan tanpa sebarang alatan. Jiha takdelah rajin sangat nak buat semua macam dalam gambar. Tapi yang Jiha selalu buat adalah sit-up, squat dan jumping jacks atau lompat bintang. Sit-up bagus untuk perut, squat untuk kaki dan lompat bintang untuk seluruh badan. Sebelum tidur buat je sit-up atas katil. Naik turun tangga dan berjalan kaki juga baik untuk kesihatan. Untuk permulaan, jangan terlalu paksa diri untuk buat senaman2 ni. Buat sikit-sikit dulu untuk elakkan badan terkejut sebab tiba-tiba buat senaman hehe. Bila dah biasa, baru slow-slow buat lama. Memang badan akan rasa sakit lepas buat senaman ni, tapi sebenarnya rasa sakit atau lenguh tu menunjukkan senaman yang kita buat tu berkesan.
Gambar dari Google
Mulakan sekarang untuk lebih sihat dan lebih kurus. Good luck! :)

Tuesday, August 27, 2013

Berhenti seketika..

Assalamualaikum..

Ya Allah lamanya tak jenguk blog ni..hurmm..tp rasanya belum terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..hehe..

Alhamdulillah hasil daripada keputusan STPM Jiha hari tu, Jiha akan mula melanjutkan pelajaran utk buat degree dekat UPM minggu depan. Tolong doakan Jiha berjaya yer semua..

Jadi lepas ni memang takkan update blog ni. Sbb mesti sibuk utk urusan belajar je nanti. InsyaAllah kalau balik rumah and ada masa nanti Jiha update resipi2 yer. Mohon maaf jika Jiha ada salah silap selama ni..

Semoga kita ketemu lagi.. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...