Showing posts with label Cheese. Show all posts
Showing posts with label Cheese. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Baked Potato Cheese

Assalamualaikum..

Lama tak update blog kesayangan disebabkan sibuk dengan kelas, assignment and exam. Alhamdulillah dah habis semester 3, pheww lega. Sekarang tengah cuti sem 6 minggu, adalah masa nak update blog, insyaAllah..

Berbalik kepada resipi harini..Jiha nak share resipi Baked Potato Cheese yang Jiha buat untuk breakfast pagi tadi. Simple dan sedap. Cuma masa buat ni kena sabar sikit sebab kentang ambil masa untuk rebus, kemudian kena masuk oven pulak bakar....tapi jangan risau, sebab berbaloi. Sedapppp. Hewhew

Untuk resipi ni, Jiha cuma guna bahan2 yang ada dekat rumah sahaja. Jiha guna kentang biasa, kalau ada kentang russet lagi elok sebab besar. Memang recommended guna kentang russet. Intinya Jiha letak ayam dan sosej. Boleh tukar letak daging cincang ke nak tambah sayur ke..apa2 je mengikut citarasa. Cheese pulak Jiha just guna cheddar slice cheese. Boleh nak guna slice cheese biasa makan dengan roti tu atau cheddar parut atau mozarella. Semua sedapp..satu lagi, kalau tak nak rebus kentang, boleh jugak bakar dalam oven. Jadinya kentang 2 kali masuk oven..ok jom cuba yer ;)



BAKED POTATO CHEESE

Bahan-bahan:
5 biji kentang saiz besar/sederhana
1/2 cawan susu segar (bergantung kepada banyak mana kentang)
Bawang besar
Ayam dipotong kecil
Sosej dihiris nipis
Garam
Blackpepper
Cheddar slice cheese

Cara-cara:
  • Basuh kentang. Jangan buang kulit kentang. Kemudian rebus kentang sehingga empuk. 
  • Sementara tunggu kentang direbus, menggunakan kuali, panaskan minyak/mentega (Jiha guna mentega). Tumis bawang besar dan masukkan ayam dan sosej. Perasakan dengan garam, blackpepper, lada sulah. Siap.
  • Selepas kentang dah siap direbus, biarkan kentang sejuk seketika. Kemudian, potong kentang kepada 2 bahagian. Kalau kentang saiz sederhana, potong sikit je dekat atas. Sebab kita nak jadikan kentang tu macam mangkuk. Keluarkan/korek isi kentang menggunakan sudu. Jangan keluarkan semua. Rujuk gambar di bawah.
  • Lenyek isi kentang yang dah dikeluarkan tadi (macam mashed potato). Tambahkan susu segar. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau sebati.
  • Masukkan adunan kentang lenyek tadi ke dalam mangkuk kentang. Layer kedua masukkan adunan ayam dan sosej. Akhir sekali, letakkan cheese di atas. Bakar dalam oven 180c selama 10-20minit atau sehingga masak. 
  • Sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan dengan sos cili. 


Wednesday, October 1, 2014

Satu Gambar, Ada Ceritanya - Cheese Tart

First thing first..ada tak sape2 yang perasan Jiha dah tukar title blog Jiha daripada 'Enjoy Your Food', jadi 'Chocolate and Cheese'? Hehe..sebenarnya Jiha saja je tukar sebab Jiha nak title blog Jiha ada kaitan dengan something yang Jiha suka. Dan kalau ada sape2 yang perasan, resipi dekat blog Jiha pun memang banyak resipi dessert, terutamanya dessert coklat dan cheese. Sebabnya..tuan blog ni memang peminat tegar coklat dan cheese. Aiyoyoo macam mana tak naik berat badan..hikhik


Berbalik kepada entry harini..Jiha nak cerita sikit tentang cheesetart. Bukan nak tulis resipi cheesetart yer sebab dulu dah pernah kongsi resipi cheesetart dekat SINI , bolehlah usha kalau nak tengok entry tu. Jiha sangat suka cheesetart. First time buat cheesetart lepas SPM dulu..lepas tu jadi kerap buat sampailah sekali tu ada kawan Jiha nak order cheesetart sebab terliur tengok Jiha upload gambar dekat Facebook. Hehe. Start dari situ, Jiha memang buat bisnes jual cheesetart sampailah sekarang. Filling cheesetart Jiha suka letak macam2 filling..blueberry, strawberry, kiwi, mango dan coklat. Cumanya kalau duk UPM, memang tak buat la. Bila balik cuti semester memang buat bisnes cheesetart ni dan adalah juga buat kek sikit2. Alhamdulillah, kalau kira dah beribu biji cheesetart kot Jiha dah buat. Tart shell tu pun semua Jiha buat sendiri..memang penat la nak tekan satu2 dalam acuan tart tu. Huhu..

Ps : kan dah cakap Jiha memang gila cheese..dan coklat.. 😂

Friday, September 26, 2014

Triple Chocolate Cheesecake

Assalamualaikum semua :)

Harap sihat lah semua yer. Harini Jiha nak share resipi Triple Chocolate Cheesecake ni. Jiha berkenan nak try buat ni lepas tengok rancangan My Kitchen Rules season 5. Salah satu pasangan lelaki pangkat ayah2 iaitu 'Paul and Blair' yang buat cheesecake ni (ni peserta favourite Jiha) hehe. Ada sape2 yang suka tengok tak rancangan ni? Kita geng! hewhew


Tambahan lagi, bila diorang buat cheesecake ni, diorang dapat full mark 10/10 daripada juri2. Layer cheesecake diorang pun cantik. Satu lagi, mesti sedap nii. Paul and Blair letak buah rasberry dekat tengah2 layer kek diorang, Jiha pulak letak buah strawberry. Cheesecake ni sangat sedap yer sebab kita guna 3 jenis coklat (white choc, milk choc and dark choc). Memang rasa la setiap layer tu ada jenis coklat yang berbeza. Jiha gua coklat Vochelle untuk kek ni.

Tapi sayang..gambar cheesecake Jiha tak berapa cantik layer dia sebab tak penyabar nak potong cheesecake tu. Hehe. Percayalah, cheesecake ni sedap sangatt!! Jom cuba yer? Thanks Paul and Blair for this recipe. 




TRIPLE CHOCOLATE CHEESECAKE

*Sediakan loyang yang sesuai untuk cheesecake. Jiha guna cake ring je, saiz 23cm.

Untuk base cheesecake:
300g biskut coklat
125g mentega (dicairkan)

Cara-cara :
Cairkan mentega dan masukkan ke dalam biskut yang telah dihancurkan. Jiha guna biskut oat coklat tu sebab nak bagi ada rasa macam kacang2 sikit. Tekan adunan biskut dan mentega ke dalam loyang. Ni untuk dasar kek je yer.  Bila dah siap, masukkan loyang ke dalam peti sejuk sementara kita buat adunan cheesecake pulak.

Untuk cheesecake:
750g cream cheese
100g gula kastor
300ml thickened cream (Jiha campur cream dengan yogurt strawberry sebab cream tak cukup hehe - tapi still sedap)
200g white chocolate
200g milk chocolate
200g dark chocolate
3 tsp gelatine

*cairkan semua jenis coklat

Cara-cara:
Putar cream cheese dan gula kastor sehingga sebati dengan menggunakan mixer. Kemudian, masukkan cream. Putar lagi. Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas. Kacau sebati.
Bahagikan adunan cheese kepada 3 bahagian. 
Setiap bahagian adunan cheese, masukkan coklat yang berlainan - white choc, milk choc dan dark choc. Kacau hingga sebati.
Masukkan setiap adunan cheese ke dalam loyang yang dah ada base biskut tadi. Mulakan dengan adunan cheese + white choc. Masukkan dalam fridge kejap sebelum masukkan layer kedua, iaitu cheese + milk choc. Ulang lagi untuk layer atas sekali, cheese + dark choc. 
Jiha letak buah strawberry dekat tengah2 layer milk & dark choc tu. Yang ni optional nak letak ke tak.
Sejukkan adunan cheesecake dalam fridge semalaman. 
Sedia untuk dihidang! :)


Selamat mencuba!



Wednesday, August 20, 2014

Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum..

Gabungan antara coklat dan cheese sememangnya menjadi favourite Jiha sepanjang zaman. Okey over sikit la sepanjang zaman tu. Hehe. Selain kek kukus lapis cheese yang Jiha suka (boleh rujuk sini), Marble Cheese Brownies ni pun Jiha suka. Makan sepotong memang nak lagi. Adik2 Jiha pun suka. Dah banyak kali sebenarnya Jiha buat brownies ni. Lagipun nak buat brownies ni senang, sebab tu rajin sikitlah nak buat. :)

Terima kasih kepada empunya resipi ni. Jiha rujuk fotopages kak Rinnchan . Selamat mencuba~



MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla 



Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.



Bahan-bahan lapisan cheese: 
250g cream cheese 
1 cwn gula castor 
1 biji telur gred B 

Cara-cara: 
1. Pukul cream cheese hingga gebu. 
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. 

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Saturday, June 8, 2013

Kek Coklat Lapis Cheese

Assalamualaikum. Ini entri terperam. Kek ni Jiha buat masa Hari Ibu utk my mom, and she love it! Thank you Kak Yatie utk resepi ni. Sedap bangattt..terbaekk..





Kek Coklat Lapis Cheese

Sumber : Kak Yatie Memories

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
*Jiha buat toping sikit atas kek ni. Topping buat dengan susu pekat + serbuk koko. Simple.

Wednesday, May 22, 2013

Toffee Caramel Cheesecake

Assalamualaikum.


Haa..ada yang terliur tak tengok kek ni? Jiha masa first time tengok gambar kek ni dekat blog Najah Bakery, terus rasa terliur. Nak order dgn Najah Bakery kang jauh sgt pulak. Dekat Perlis nuu. Haddoii. Jadi, penyelesaiannya, Jiha google jela resipi ni. Alhamdulillah, jumpa jugak dekat blog Rasa Basyirah. 

Kek ni dilimpahi dengan sos karamel sebagai topping dekat atas kek. Fuyoo, topping dia memang sedap. Tapi, kek ni takleh makan banyak2 yer, takut gemuk nanti haha. Apepun, kek ni sangatlah yummylicious gituu..nahh..Jiha panjangkan resipi kek ni dekat sini yer, sape nak try bolehlaa. Terimakasih kepada empunya resipi. Daa..



TOFFEE CARAMEL CHEESECAKE
Sumber : Rasa Basyirah



Bahan base:

150 gm biskut marie
130 gm butter cair

Cara:

1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.

Tofee :

Bahan:

40 gm almond nib
60 gm gula kastor

Cara:

1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.

2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.

Bahan Cheese:

200 gm cream cheese
20 gm gula kastor
8 gm gelatin
60 gm air
200 gm whipped cream (whisk dahulu)

Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.

2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata

3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.

4-Sejukkan dalam peti ais.


Topping :

1/2 cawan brown sugar

1 cawan anchor whipping

1 tsp butter

Cara:

1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik


Hiasan

100 gm walnut (imported) di tos dan cincang

Cara:

1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan

*sebaiknya sejukkan kek ni semalaman.


Friday, February 1, 2013

Chilled Chocolate Cheesecake

Assalamualaikum semua. Semalam birthday mama Jiha, jadi Jiha buat cheesecake ni. Happy Birthday ma, iloveyousomuch.. :*


Kek ni sedap, rasa mcm sama je dgn yg dekat Secret Recipe tu..cuma takleh makan banyak2 lah, muak nanti. Lagipun kek ni manis, kena kurangkan sikit sukatan gulanya tu..Kena sabar buat kek ni sebab dia banyak lapis, kena masuk peti dulu selapis2 hihi. Kek ni kena sejukkan dalam peti lama sikit, seeloknya semalaman, barulah cantik je bila potong, tak comot..Tapi senang je, sebab tak perlu bakar dalam oven tu..Terima kasih kepada empunya resipi, Jiha cnp kat sini yer.. :)

CHOCOLATE CHEESECAKE
Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/1678

Bahan-bahan ( 18cm ) 
  • Lapis Bawah:
  • 120gm biskut tiger (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)
  • 70gm unsalt butter (dicairkan)
  • Lapis Atas:
  • 250gm cream cheese (lembutkan)
  • 120gm gula kastor
  • 2 keping biskut tiger (hancurkan..klu nk tambah lagi boleh..tp jgn byk sgt plak)
  • 150gm whipping cream
  • 1 ½ tbsp gelatine
  • 80ml full cream milk
  • Chocolate mousse:
  • 250gm whip cream
  • 1 tbsp vanilla essence
  • 1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
  • 50gm serbuk koko + 80 gm gula icing
  • 1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
  • Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)
  • Chocolate ganache:
  • 35gm serbuk koko
  • 50gm gula kastor
  • 150gm whipping cream
  • 80gm chocolate masak
  • 30gm mentega


Cara-cara

  1. Lapisan bawah:
  2. Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam pan (18cm) yang boleh buka tepi. Masuk dalam peti sejuk.
  3. Lapisan atas:
  4. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
  5. Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)
  6. Chocolate mousse:
  7. Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse
  8. Chocolate ganache:
  9. Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.
  10. Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rase agak manis sedikit. So kalau sape yang xsuke manis2, boleh kurangkan sket sukatan gula. 


Selamat mencuba :)

Tuesday, January 22, 2013

Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran sebab tuan blog kebizian. Bizi lah sangat.. Jiha sebenarnya buat bisnes kecil-kecilan sementara tunggu result STPM keluar dan sementara tunggu kemasukan ke universiti utk degree nanti. Harap2 keputusan okey, dapatlaa sambung belajar lagi nanti. hee..

Okeylah, hari ni Jiha share resipi Kek Lapis Cheese Persona yg dipopularkan oleh Ryo Azhar ni. Blogger masakan kebanyakannya memang dah cuba buat kek ni..best sesangattttt..



Gambar ada satu jee..sebab masa buat ni, semua tak sabar nak makan..takpelah hasilnya sememeh pon, janji sedap..hehe..Sebenarnya dah lama dah buat nii..tahun lepas lagi hehe..

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
Sumber : Ryo Azhar

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) - Jiha guna biskut tiger yang perisa coklat tu jee..
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Sedap! :)

Friday, January 11, 2013

Chocolate Chip Cheesecake Cookie Bites


Assalamualaikum.

Hari ni Jiha nak share resipi cookies ni. Resipi ni Jiha dapat dari dapur DivasCanCook dekat YouTube. Panjang benor nama cookies ni. Nama resipi ni ada cheesecake, cookies..erk? Mana satu ni, kek ke cookies?



Apapun, kata Diva nama cookies ni macam ni sebab 'they have the texture like a frozen cheesecake plus cookie dough plus a regular cookie and they're da bomb!'. Begitulah katanya hehe. 

Kalau ada lebihan cream cheese kat dalam peti dan taktahu nak buat ape dgn cheese tu, boleh lah cuba resipi ni. Senang. Untuk step-by-step, boleh laa tengok video kat bawah ni. 


Chocolate Chip Cheesecake Cookie Bites
Sumber: DivasCanCook

Bahan-bahan:
2 cwn tepung gandum
½  teaspoon garam
½  teaspoon baking powder
⅛ teaspoon baking soda
10 sudu butter
1 cwn gula kastor
Sebiji telur
125gm cream cheese - dibiarkan pada suhu bilik
1 teaspoon esen vanilla
Chocolate chip - terpulang nak banyak mana

  • Panaskan oven dgn suhu 200c.
  • Masukkan tepung gandum, garam, baking powder, dan baking soda dalam satu bekas. Kacau semua bahan dengan sudu. Ketepikan.
  • Dalam bekas yang lain, masukkan telur, butter, cream cheese, gula dan esen vanilla. Pukul semua bahan dengan menggunakan mixer sehingga sebati. Kemudian, masukkan adunan tepung tadi sedikit2. Pukul hingga sebati.
  • Masukkan choc chip ke dalam adunan dan kacau dengan senduk.
  • Dengan menngunakan mini ice-cream scoop, bentukkan adunan cookie dalam dulang pembakar yang telah digrease dengan mentega/ dilapikkan dengan baking sheet.

  • Bakar adunan cookie selama 12minit, suhu 200C
  • Setelah siap, biarkan cookie sejuk seketika. 
Cookies ni boleh simpan dalam peti supaya tahan lama.





Thursday, January 3, 2013

Cheese Tart

Assalamualaikum. :)

Selamat tahun baru 2013. Semoga tahun ni kita semua dapat jadi yg lebih baik dari sebelumnya amin :)

Resipi cheese tart ni Jiha ambil dari Blog K.Ita masam manis . Senang sebab ada step by step, sesuai la untuk Jiha yang masih dalam proses 'pembelajaran'. Budak baru nak belajar, memang kena tunjuk satu2 hehe. Terimakasih diucapkan kepada K.Ita. Suka jenguk blog K.Ita sebab gambar makanan cantik2 dan pastinya semua resipi best2 belaka.




Cheese tart ni Jiha buat dengan 3 rasa filling, iaitu blueberry, strawberry dan kiwi. Tamak haloba nak buat semua rasa hehe. Kadang2 tambah 1 lg filling mango. Tapi bab melorek tart ni memang angin M selalu datang, jadi kita buat corak yg simple, namun enak pada pandangan mata hati jiwa raga. :p

Ok, layan resipi dulu. Untuk step by step, boleh terus ke blog K.Ita :)




CHEESE TART
Sumber : Kak Azlita Masam Manis

Bahan-bahan shell tart:
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart

Cara-cara:
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 
                                                                                                                                                                     


Sediakan filling yang kita suka (blueberry, strawberry, mango, kiwi etc). Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. 
Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.




Bahan-bahan cheese: 
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tart tadi. - Jiha lorek guna filling jee.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Yummy!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...