Friday, September 26, 2014

Triple Chocolate Cheesecake

Assalamualaikum semua :)

Harap sihat lah semua yer. Harini Jiha nak share resipi Triple Chocolate Cheesecake ni. Jiha berkenan nak try buat ni lepas tengok rancangan My Kitchen Rules season 5. Salah satu pasangan lelaki pangkat ayah2 iaitu 'Paul and Blair' yang buat cheesecake ni (ni peserta favourite Jiha) hehe. Ada sape2 yang suka tengok tak rancangan ni? Kita geng! hewhew


Tambahan lagi, bila diorang buat cheesecake ni, diorang dapat full mark 10/10 daripada juri2. Layer cheesecake diorang pun cantik. Satu lagi, mesti sedap nii. Paul and Blair letak buah rasberry dekat tengah2 layer kek diorang, Jiha pulak letak buah strawberry. Cheesecake ni sangat sedap yer sebab kita guna 3 jenis coklat (white choc, milk choc and dark choc). Memang rasa la setiap layer tu ada jenis coklat yang berbeza. Jiha gua coklat Vochelle untuk kek ni.

Tapi sayang..gambar cheesecake Jiha tak berapa cantik layer dia sebab tak penyabar nak potong cheesecake tu. Hehe. Percayalah, cheesecake ni sedap sangatt!! Jom cuba yer? Thanks Paul and Blair for this recipe. 




TRIPLE CHOCOLATE CHEESECAKE

*Sediakan loyang yang sesuai untuk cheesecake. Jiha guna cake ring je, saiz 23cm.

Untuk base cheesecake:
300g biskut coklat
125g mentega (dicairkan)

Cara-cara :
Cairkan mentega dan masukkan ke dalam biskut yang telah dihancurkan. Jiha guna biskut oat coklat tu sebab nak bagi ada rasa macam kacang2 sikit. Tekan adunan biskut dan mentega ke dalam loyang. Ni untuk dasar kek je yer.  Bila dah siap, masukkan loyang ke dalam peti sejuk sementara kita buat adunan cheesecake pulak.

Untuk cheesecake:
750g cream cheese
100g gula kastor
300ml thickened cream (Jiha campur cream dengan yogurt strawberry sebab cream tak cukup hehe - tapi still sedap)
200g white chocolate
200g milk chocolate
200g dark chocolate
3 tsp gelatine

*cairkan semua jenis coklat

Cara-cara:
Putar cream cheese dan gula kastor sehingga sebati dengan menggunakan mixer. Kemudian, masukkan cream. Putar lagi. Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas. Kacau sebati.
Bahagikan adunan cheese kepada 3 bahagian. 
Setiap bahagian adunan cheese, masukkan coklat yang berlainan - white choc, milk choc dan dark choc. Kacau hingga sebati.
Masukkan setiap adunan cheese ke dalam loyang yang dah ada base biskut tadi. Mulakan dengan adunan cheese + white choc. Masukkan dalam fridge kejap sebelum masukkan layer kedua, iaitu cheese + milk choc. Ulang lagi untuk layer atas sekali, cheese + dark choc. 
Jiha letak buah strawberry dekat tengah2 layer milk & dark choc tu. Yang ni optional nak letak ke tak.
Sejukkan adunan cheesecake dalam fridge semalaman. 
Sedia untuk dihidang! :)


Selamat mencuba!



Sunday, September 21, 2014

JJCM - Pizza San Francisco, The Mines

Minggu lepas teringin nak makan western food. Yelah, kalau duk dalam kampus memang hari2 makan nasi. Sekali-sekala tekak rasa nak makan western pulak. Demand. Maka, Jiha and the geng pun menapak gi The Mines sebab Mines jela yang paling dekat dengan UPM. Student UPM kalau tak gi Mines, memang tak sah hehe. Mula-mula planning nak gi makan dekat Secret Recipe je, tapi sampai dekat Mines tu tukar plan makan dekat PSF ni pulak. Sebab utama mestila sebab dekat PSF ni boleh guna student card utk dapat diskaun 20%. Jimat2. Lagi satu sebab Jiha dah pernah try makan dekat PSF cawangan Bangi, so nak try lagi. 

PSF ni ada banyak cawangan. Yang Jiha tahu dekat Bangi and The Mines ni jelah sebab yang ni je pernah gi. Dekat PSF ni, menu memang agak banyak. Tapi sayangnya, takde hidangan set, just ala carte. Harga pun okeyla, standard price. Jadi ayuhlah kita mulakan food review yer..

Okey, ni Cheesy Bread. Ada 6 keping. Yumm sedap! Cheese pun banyak. Harga RM8.90. Jiha ingat nak try buat Cheesy Bread ni. Tengah mencari resipi yang best2 untuk Cheesy Bread.

Yang ni pulak Lasagna Beef. Bagi Jiha, lasagna dekat PSF ni antara lasagna yang tersedap. Beef pun banyak. Jiha puas hati makan lasagna dekat sini. Bukan senang nak jumpa lasagna yang sedap. Recommended la untuk sape2 nak try lasagna dekat sini. Harga RM15.90.

Next, Mushroom Chicken. Yang ni kawan Jiha cakap biasa je. Tapi saiz ayam tu besar jugaklah. Harga tak ingat..


Time gi ni, Jiha tak order pizza sebab takut tak habis. Masa first time gi PSF cawangan Bangi, ada order pizza. Bagi Jiha pizza dia biasa je..sedap pizza dekat Pizza Hut lagi la. Oh lagi satu, orang cakap dekat PSF ni famous dengan Tiramisu. Tapi bagi Jiha, tiramisu dia tak sedap sangat. Pernah try dekat cawangan Bangi. Overall, PSF ni ada menu yang best and ada yang kurang best. Normal la tu. Kalau student macam Jiha ni, tak boleh selalu la makan macam ni. Student kan..kalau ada orang belanja takpe..hehe.

Rating : 3/5


Wednesday, September 17, 2014

Satu Gambar, Ada Ceritanya - Pavlova @ Serai Empire



Siapa peminat Pavlova? Jiha nak share satu tempat yang ada Pavlova super best. Ni dekat Restoran Serai, Empire Shopping Gallery, Subang. Memang terbaik Pavlova dia. 2 layer. Meringue Pavlova ni pon rangup di luar, cair dalam mulut. Pendek kata memang sedap laa..Harga dalam RM14++ kalau tak silap. Serius takkan menyesal kalau try ni. Nak bandingkan dengan Pavlova dekat lain yang Jiha pernah try, Pavlova dekat Serai ni yang paling best. Hewhew :)

Sunday, September 14, 2014

Ikan Kerapu Masak 3 Rasa

Assalamualaikum..

Okey, taknak buat intro panjang-panjang yer. Harini Jiha share resipi Ikan Kerapu Masak 3 Rasa, my mom style. Resipi campak-campak katanya. Campak-campak pon sedap dan memang favourite family Jiha la ni. Kalau makan ni dengan tomyam and nasi panas..fuhh sedapnyaa!!! Satu lagi, guna ikan saiz besar, macam kerapu atau siakap..memang menyengat la hehe. Jom tengok resipi..daaa~

IKAN KERAPU TIGA RASA

Bahan-bahan :
Seekor ikan kerapu/siakap bersaiz besar
Garam dan serbuk kunyit

*Goreng dahulu ikan (lumur dengan garam dan sedikit serbuk kunyit) sehingga garing.

Untuk kuah :
4 ulas bawang putih
Sebiji bawang besar (potong dadu)
Satu sudu besar ciliboh/cili kisar
3-4 sudu besar sos cili
3-4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit cuka
Gula dan garam secukup rasa 
Satu sudu kecil Maggi cukup rasa
Timun batang dan carrot (potong dadu)

Cara-cara :
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih yang ditumbuk dan bawang besar yang dipotong dadu. Kemudian, masukkan ciliboh.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan cuka. Kacau sebati.
  • Masukkan timun batang dan carrot. Biarkan sebentar dan masukkan bahan perasa (garam, gula, Maggi cukup rasa). Tambah sedikit air jika mahukan kuah lebih. Biarkan kuah mereneh seketika. 
  • Curahkan kuah di atas ikan yang telah digoreng. 

Selamat menjamu selera!


Wednesday, September 10, 2014

Satu Gambar, Ada Ceritanya - Kek Secret Recipe

Assalamualaikum..


Secret Recipe memang famous dengan pelbagai jenis kek. Jiha pun memang suka kek dekat SR. Kalau keluar gi mana-mana, memang suka usha kek SR dan akan beli jugak 1 slice. Tak boleh tahan nafsu hehe. So harini Jiha nak share kek favourite Jiha, yang Jiha selalu beli kalau singgah SR. White-dark Choc Cheesecake ni la kek favourite Jiha. Jiha kan memang 'hantu' coklat + cheese, kek yang Jiha paling suka pun memang kena ada kaitan dengan coklat dan cheese. Cantik pulak tu layer kek ni..suka tengok layer kek ni, kemas je kan. Tapi yang sedihnya..kalau dekat Pantai Timur, kek ni susah sikit nak jumpa. Macam Jiha kan rumah dekat Besut Trg, SR dekat Jerteh memang takde kek ni. Aiyoyoo...

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk wanita bertudung, biasanya memang ada masalah dengan rambut kan sebab kadang-kadang kita terus pakai tudung time rambut basah lagi atau bila kita bertudung, rambut selalu gugur ke apa kan..but Alhamdulillah, sekarang dah banyak produk untuk kita selesaikan masalah rambut wanita bertudung..dan semestinya Sunsilk Lively Clean & Fresh sangat2 berkesan untuk masalah ni. Alaa yang Sunsilk botol hijau yang Heliza jadi duta tu. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh tengok dekat link bawah ni yer.

Sunsilk Lively Clean & Fresh



Oh ya, tahun ni Sunsilk ada buat digital contest - share kisah menarik dengan Sunsilk dan hadiahnya pun sangat lumayan. Fuhhh. Boleh share cerita dekat sini yer : Sunsilk -Menemanimu Sejak Tahun 2000

Good luck! :)

Tuesday, September 9, 2014

Red Velvet Cookies

Assalamualaikum..

Sekarang ni Jiha dah pun ada dekat UPM. Cuti semester yang 3 bulan tu dah habis. Sobs. Doakan Jiha yer untuk semester baru ni..Entry ni sebenarnya entry tertunggak. Red Velvet Cookies ni Jiha buat masa raya haritu. Ni namanya memang tertunggak ni..kalau bil elektrik ni, mau dah kena potong. Hewhew

Jiha tengok resipi ni dekat blog blogger masakan favourite Jiha, Kak Azlita Masam Manis. Sekali tengok resipi ni, dah terus jatuh cinta. Tengok bahan-bahan pun senang dan mudah nak dapat, jadi apa lagi..memang Jiha buat la.. Lepas dah buat, memang tak dinafikan yang cookies ni sedap sangat! Dah la masa cookies ni berehat dalam oven tu..bau cookies ni semerbak satu rumah. Wangi...terkenang pulak dekat cookies ni....

RED VELVET COOKIES
Rujukan : Kak Azlita Masam Manis

Bahan-bahan :
120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips
 
Cara-cara :
Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh)
Bakar selama 20 minit
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Friday, September 5, 2014

Keep Fit - Senaman di Rumah

Assalamualaikum..

Zaman sekarang ni memang banyak berlaku masalah kegemukan dan obesiti. Bagi perempuan, inilah masalah yang paling kami takuti, takut nanti tak lawa. Suka makan banyak, tapi malas bersenam. K terasa. *sigh. Orang perempuan biasanya tak terlalu rajin untuk bersenam. Kalau yang suka bersenam, Alhamdulillah dan tahniah. Jangan kerana badan dah kurus, kita jadi kurang bersenam.

Jiha nak share stail Jiha untuk keep fit. Jiha lagi suka buat exercise di rumah. Selain daripada buat kerja-kerja rumah, inilah yang Jiha selalu praktikkan. At least dapat keluarkan peluh pun dah okey sangat daripada tak keluar peluh langsung. Tapi sekali-sekala kena keluar jugak exercise yer. 

Gambar dari Google

Rujuk gambar di atas yer. Jiha syorkan surirumah buat senaman dekat rumah macam ni. Senang dan tanpa sebarang alatan. Jiha takdelah rajin sangat nak buat semua macam dalam gambar. Tapi yang Jiha selalu buat adalah sit-up, squat dan jumping jacks atau lompat bintang. Sit-up bagus untuk perut, squat untuk kaki dan lompat bintang untuk seluruh badan. Sebelum tidur buat je sit-up atas katil. Naik turun tangga dan berjalan kaki juga baik untuk kesihatan. Untuk permulaan, jangan terlalu paksa diri untuk buat senaman2 ni. Buat sikit-sikit dulu untuk elakkan badan terkejut sebab tiba-tiba buat senaman hehe. Bila dah biasa, baru slow-slow buat lama. Memang badan akan rasa sakit lepas buat senaman ni, tapi sebenarnya rasa sakit atau lenguh tu menunjukkan senaman yang kita buat tu berkesan.
Gambar dari Google
Mulakan sekarang untuk lebih sihat dan lebih kurus. Good luck! :)

Wednesday, September 3, 2014

Satu Gambar, Ada Ceritanya - Kacang Pool Haji

Assalamualaikum everyone!

Jiha ingat nak buat entry 'Satu Gambar, Ada Ceritanya' pada setiap hari Rabu. K saja je kann nak bagi ada entry setiap minggu. Hewhew. Taknak dah jadi blogger suam-suam kuku yang lama tak update blog. Jadi, sekurang-kurangnya kalau takde resipi nak masuk dalam blog, Jiha akan buat entry macam ni every Wednesday. Satu entry satu minggu pon okey ape bagi student macam Jiha. Hehe. Bagi entry 'Satu Gambar, Ada Ceritanya' ni, Jiha akan lebihkan pasal makanan. Food is my passion. Mungkin banyak tentang makanan yang Jiha makan dekat luar. Tapi kalau kadang-kadang bukan pasal makanan pun, aci je kan? Jiha akan kongsi apa-apa yang menarik insyaAllah.


Baiklah, untuk first entry macam ni, Jiha akan start dengan gambar dekat atas ni. Sape kenal tu apa?? Orang Johor mesti tahu. Ni lah Kacang Pool Haji. Jiha makan ni masa g JB haritu dekat Medan Selera Larkin. Sedap woo. Jeles pulak dengan orang Johor sobsob. Kuah kacang pool ni pekat, ada daging cincang dan rasa lagi best dengan kacang pool tu. Siap ada telur gitu lagi. Gaulkan dengan bawang dan cili lalu diperah sedikit limau. Kemudian ianya disajikan dengan sekeping roti yang dibakar sedikit. Memang ngam2 sekeping roti tu dengan semangkuk kuah kacang pool tu. Sedap sangat!! Inilah antara hidangan enak di Johor dan pastinya ada sejarahnya yang tersendiri. Tahniah Haji K Pool, pemilik resipi Kacang Pool Haji ni. I adore you.

Okey, sampai sini dulu untuk first entry macam ni. InsyaAllah akan istiqamah untuk buat entry macam ni setiap hari Rabu. Hehe. :)


Tuesday, September 2, 2014

Sambal Sotong Simple

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Malaysia telahpun mencapai kemerdekaan yang ke 57 tahun pada tahun 2014. Disini Lahirnya Sebuah Cinta..syukur kita dapat hidup dalam suasana yang aman damai. I love Malaysia!

Harini Jiha nak kongsi resipi Sambal Sotong aje. Senang. Semua orang suka makan Sambal Sotong kan? Hehe. Okey, jom tengok resipi lah yer.


SAMBAL SOTONG

Bahan-bahan :
Beberapa ekor sotong bersaiz sederhana - cuci bersih2 dan potong stail masing2
4-5 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu besar cili kisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Sedikit pes/air asam jawa
Garam, gula, perasa secukup rasa

Cara-cara:

  • Kisar/tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga harum dan masukkan cili kisar sehingga terbit minyak. 
  • Kemudian, masukkan sos cili dan sos tomato serta pes/air asam jawa supaya berkuah. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  • Akhir sekali, masukkan sotong dan masak sehingga sotong mengecut, lebih kurang 4-6 minit. Siap :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...