Thursday, December 11, 2014

Jejari Roti Coklat dan Nestum

Assalamualaikum..

Ewah..lama tak bersiaran.

Short update. Jiha nak share resipi mudah cepat lg letops ni. Idea ni datang dari FB, ada orang share. Memang sedap, sesuai untuk makan petang sebagai snek. Cubalah yer..


JEJARI ROTI COKLAT DAN NESTUM

Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Coklat - dicairkan
Nestum

Cara- cara:
  1. Potong kecil roti dan bakar sebentar di dalam oven.
  2. Celupkan roti dalam coklat yang telah dicairkan. 
  3. Salutkan roti coklat tadi dengan nestum.
Senang sangat nii....hehe


Friday, November 28, 2014

Pizza Hut, The Mines

Belek-belek gallery phone, tengok ada lagi gambar dekat Pizza Hut The Mines ni. Tak salahkan nak share. Hehe. Pizza Hut dekat The Mines ni memang terbaik dari segi makanan dia. Bukan apa, Jiha dah pergi banyak cawangan Pizza Hut, dan biasanya rasa makanan memang ada kelainan di setiap cawangan. Setakat ni Pizza Hut The Mines memang jadi pilihan Jiha. Makanan tak pernah tak sedap. Bukan macam setengah tempat..tak perlu bagitahu la kan dekat mana..hehe. Lagipun dekat sini rasa berbaloi lah dengan harga tax dia..service and tax memang agak mahal. Tapi okey la kan kalau service and makanan sedap. Jiha kalau rasa nak makan pasta, Jiha memang pilih makan dekat Pizza Hut berbanding Secret Recipe sebab pasta dekat Pizza Hut lagi sedap. Dekat Secret Recipe just kek je yang okey. Tu pendapat Jiha lah..lain orang lain citarasa kan..

Biar gambar berbicara..

Spaghetti Meatball. My favourite. Biasa pilih beef.

Sesame Prawn Spaghetti. Ni favourite kawan Jiha, Cik Hakimah.
Udang tempura tu SANGAT SEDAP. Recommended.

Pesto Chicken Spaghetti. Yang ni pun boleh tahan sedapnya..

BBQ Chicken Wings. Yang ni tak cakap pun memang dah tahu sedap. Hehe.

Semua jenis pasta dekat Pizza Hut ni Jiha pernah cuba. Harga spagethi biasanya RM12.50. Chicken wing RM11.50 for 6pcs. Tapi tak snap gambar semua. Gambar pizza takdelah pulak. Kata makan dekat Pizza Hut. Huhu..tapi memang biasa kalau makan sini dengan kawan, kami biasa tak order pizza. Takut kenyang sangat pulak. Oh ye..sebelum ni Jiha memang suka sangat dengan Meatballs Carbonara, tapi sekarang Pizza Hut dah tak buat lagi menu ni. Sayang betul..




Wednesday, November 12, 2014

Marche Restaurant, The Curve

Harini nak share pasal restoran Marche dekat The Curve ni. Jiha gi masa keluar dengan family uncle last weekend. Restoran ni unik sebab sebelum masuk kita kena beratur dan ambil kad. Kad tu untuk kita cop apa yang kita makan, so nanti lagi senang nak bayar. Macam tu lah kot senang cite hehe. Plus, makanan dekat Marche macam2 jenis, more to western and ada banyak kaunter ikut kategori. Lebih kurang macam food market. Lepas dah pilih nak makan apa, pekerja akan cop dekat kad yang dapat tadi, apa yang kita makan supaya senang nak bayar nanti. Food choice takyah cakap, memang banyak. Pasta, pizza, salad, western food, beverage, fresh juice, dessert etc. 


Lapar pulak tengok gambar Belgian Waffle ni. Ni antara yang Jiha makan haritu. Lupa nak snap gambar banyak2. Overall, ok la, tapi tak dinafikan memang agak mahal. Sekali-sekala ok lah kan..memang worth sebab ada banyak choice dan semua bahan pun nampak fresh. Suasana dalam restoran pun ok, cuma suram sikit. Heww. Rating 8/10


MARCHE RESTAURANT @ THE CURVE
Address: 
6 Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Contact:
03 - 7727 8461 

Monday, November 10, 2014

Sira Labu

Sira Labu merupakan antara makanan yang popular di Pantai Timur, terutamanya di negeri Kelantan. Jiha biasa makan sira labu ni dekat kenduri, tapi sekarang dah jarang jumpa. Sira labu ni antara favourite Jiha, biasanya makan dengan nasi atau boleh juga dibuat sebagai dessert. Di Kelantan biasanya kami makan sira labu dengan nasi, tapi kalau dekat KL biasanya ramai makan sira labu sebagai dessert. Terpulang kepada diri masing-masing. Okey, jom tengok resepi mudah dan semestinya sedap ni yer. Sukatan gula tu terpulang pada individu tau, kalau taknak manis sangat kurangkan gula yer. Lagi satu, tak perlu tambah air sebab nanti air tu akan keluar sendiri dari gula dan labu. Let's try this okey? ☺

SIRA LABU

Bahan-bahan:
Sebiji labu
Sedikit air kapur

*Buang kulit, potong labu dan rendam labu dalam air kapur selama 1-2 jam.

1 cawan gula - boleh kurangkan atau tambahkan kalau suka manis
Sedikit gula melaka
6 helai daun pandan


Cara-cara:
Tapis labu dari air kapur. Jangan basuh labu selepas direndam dalam air kapur.
Susun labu di dalam periuk dan taburkan gula dan gula melaka. Letakkan juga daun pandan. Buat secara selang-seli. (Rujuk gambar)
Tutup periuk dan masak labu di atas dapur dengan api yang kecil. Tempoh masa lebih kurang 1jam atau sehingga labu empuk. 
Sedia untuk dihidangkan! ;)

Wednesday, October 29, 2014

Restoran Yati Ayam Percik

Jiha memang sangat suka ayam percik. Jiha nak share satu kedai yang ada ayam percik terbaik. Hehe. Nama restoran tu Yati Ayam Percik, Kota Bharu. Nasi kerabu dekat sini memang perghhh sodap betull. Makan pulak dengan ayam percik, lagi best i tell you~


See? Menarik bukan? Nasi kerabu + ayam percik + keropok. What more could you ask for? Selain dari signature dish ayam percik, ada banyak lagi lauk yg kita boleh pilih. Gulai kawah, ayam goreng, sup and banyak lagi. Jiha memang biasa pergi yang dekat KB jelah. Tapi, jangan risau..Yati Ayam Percik ada 2 lagi cawangan dekat Bangi dan Kajang. Bolehlah pergi merasa sendiri keenakan ayam percik yer. Daa~


Restoran Yati Ayam Percik, (UTAMA)
847Jln Long Yunus,
15200 Kota Bharu Kelantan
Telefon : 09-7479867
Waktu Perniagaan : ( 11 pagi - 11 malam )


Bandar Baru Bangi  (FRANCAIS)
21 Jalan Medan Pusat 2D ,
Persiaran Bangi 
43650 Bandar Baru Bangi , 
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89275636 
Waktu Perniagaan : ( 9pagi - 12malam )


Prima Saujana ,Kajang (FRANCAIS)
G-2-GA Jalan Prima Saujana 2/E Prima Saujana 

43000 Kajang , Selangor
Tel: 03-87334535
Waktu Perniagaan : ( 11 pagi - 11 malam )

Monday, October 27, 2014

Apam Susu

Baru-baru ni Jiha join satu group masakan dekat FB. Nama group tu Group Resepi Kita. Bila scroll tengok apa ada, Jiha perasan ramai ahli group ni duk tayang gambar apam warna-warni. Menarik! Hehe. Lepas tu jumpa resepi ni, 2 3 hari lepas tu terus Jiha buat. Senang dan simple sangat resipi ni. Boleh buat makan untuk minum petang dengan family. Jiha ucapkan terima kasih kepada ahli group Resepi Kita untuk resipi ni yer. Jiha panjangkan resipi tu ke sini pulak. Hee~






APAM SUSU
Rujukan : Group Resepi Kita (FB)

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sb ovellete
1 cawan gula halus
5 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
Pewarna

Cara-cara:
Pukul telur, esen vanilla, ovellete dan gula sehingga kembang dan putih. Jiha guna hand mixer.
Kemudian masukkan susu pekat.
Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.
Masukkan adunan ke dalam loyang, mengikut citarasa and. Jiha selang-selikan setiap warna untuk dapatkan layer cantik.
Kukus adunan selama 45 minit sehingga masak.

Tuesday, October 21, 2014

Nasi Ayam

Assalamualaikum.

Harini lunch masak apa? Jiha masak Nasi Ayam ni untuk lunch harini. Sape je tak suka nasi ayam kan? Kalau masak sendiri, lagi syiokkk. Siap bertambah lagi kan..Hehe. Resipi ni Jiha rujuk dari blog kak Azie Kitchen . And ada sikit-sikit Jiha tambah. Banyak jugak koleksi resipi nasi ayam dari Kak Azie. Nanti insyaAllah nak try resipi yang lain pulak. Thanks Kak Azie. Lets cekidauttt~





NASI AYAM
Rujukan : Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk


Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
4 sudu madu
Garam dan gula secukup rasa
Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.

 
Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning
 
*Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
 
  
Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam  1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

*Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka). Jiha masak sekejap.
 
 
Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

*Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
 

Untuk kicap 
2 ulas bawang putih - Jiha tambah
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam
1 sudu cuka - Jiha tambah

*Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.
 
 
Hidangkan bersama salad, timun batang dan tomato. Selamat menjamu selera :)

Friday, October 10, 2014

Roti Sarang Lebah @ Bee Hives Bun

Assalamualaikum..

Jomlah kita meroti pulak yer. Seperti yang kita sedia maklum, sejak tahun ni, fenomena roti sarang lebah ni memang hot dekat FB. Jiha pun tak nak ketinggalan untuk cuba resipi daripada sis Lydia Honey ni. Wallahhh memang sedap sebab rotinya sangat lembut dan bertambah sedap bila kita makan dengan sos butterscotch tu. Sememangnya tidak mengecewakan.


ROTI SARANG LEBAH SOS BUTTERSCOTCH

DOH
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam 
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara:
  • Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  • Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
  • Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  • Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
  • Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  • Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
  • Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  • Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi jangan risau, kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  • Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..
  • Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  • Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat-cepat tuangkan sos butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE: Doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan anda dgn minyak masa nk bahagikan doh kecil-kecil.

SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (Jiha guna susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sebab gula ni panas sangat..
Cuba yer? ^_^

Saturday, October 4, 2014

Ayam Blackpepper

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, seronok bila dah sampai rumah semalam, cuti kejap jelah nak raya haji ni. Ok short update. Nak share resipi simple Ayam Blackpepper. Lauk orang bujang je ni. Hehe


Ayam Blackpepper

Bahan-bahan :
Ayam potong kecil
2 ulas bawang putih -diketuk
1/2 biji bawang besar
1inci halia
2 biji cili api
Sos lada hitam
Sos tiram
Carrot
Saderi
Serbuk lada hitam
Garam
Gula
Serbuk lada sulah

Cara-cara:
Lumurkan ayam dengan sedikit garam. Goreng ayam sebentar.
Menggunakan kuali lain, tumis bawang putih dan cili api sehingga naik bau. Masukkan bawang besar dan halia yang dihiris halus.
Masukkan sos lada hitam dan sos tiram. Kemudian masukkan carrot, saderi, serbuk lada hitam, garam, lada sulah dan sedikit gula.
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.

Wednesday, October 1, 2014

Satu Gambar, Ada Ceritanya - Cheese Tart

First thing first..ada tak sape2 yang perasan Jiha dah tukar title blog Jiha daripada 'Enjoy Your Food', jadi 'Chocolate and Cheese'? Hehe..sebenarnya Jiha saja je tukar sebab Jiha nak title blog Jiha ada kaitan dengan something yang Jiha suka. Dan kalau ada sape2 yang perasan, resipi dekat blog Jiha pun memang banyak resipi dessert, terutamanya dessert coklat dan cheese. Sebabnya..tuan blog ni memang peminat tegar coklat dan cheese. Aiyoyoo macam mana tak naik berat badan..hikhik


Berbalik kepada entry harini..Jiha nak cerita sikit tentang cheesetart. Bukan nak tulis resipi cheesetart yer sebab dulu dah pernah kongsi resipi cheesetart dekat SINI , bolehlah usha kalau nak tengok entry tu. Jiha sangat suka cheesetart. First time buat cheesetart lepas SPM dulu..lepas tu jadi kerap buat sampailah sekali tu ada kawan Jiha nak order cheesetart sebab terliur tengok Jiha upload gambar dekat Facebook. Hehe. Start dari situ, Jiha memang buat bisnes jual cheesetart sampailah sekarang. Filling cheesetart Jiha suka letak macam2 filling..blueberry, strawberry, kiwi, mango dan coklat. Cumanya kalau duk UPM, memang tak buat la. Bila balik cuti semester memang buat bisnes cheesetart ni dan adalah juga buat kek sikit2. Alhamdulillah, kalau kira dah beribu biji cheesetart kot Jiha dah buat. Tart shell tu pun semua Jiha buat sendiri..memang penat la nak tekan satu2 dalam acuan tart tu. Huhu..

Ps : kan dah cakap Jiha memang gila cheese..dan coklat.. 😂

Friday, September 26, 2014

Triple Chocolate Cheesecake

Assalamualaikum semua :)

Harap sihat lah semua yer. Harini Jiha nak share resipi Triple Chocolate Cheesecake ni. Jiha berkenan nak try buat ni lepas tengok rancangan My Kitchen Rules season 5. Salah satu pasangan lelaki pangkat ayah2 iaitu 'Paul and Blair' yang buat cheesecake ni (ni peserta favourite Jiha) hehe. Ada sape2 yang suka tengok tak rancangan ni? Kita geng! hewhew


Tambahan lagi, bila diorang buat cheesecake ni, diorang dapat full mark 10/10 daripada juri2. Layer cheesecake diorang pun cantik. Satu lagi, mesti sedap nii. Paul and Blair letak buah rasberry dekat tengah2 layer kek diorang, Jiha pulak letak buah strawberry. Cheesecake ni sangat sedap yer sebab kita guna 3 jenis coklat (white choc, milk choc and dark choc). Memang rasa la setiap layer tu ada jenis coklat yang berbeza. Jiha gua coklat Vochelle untuk kek ni.

Tapi sayang..gambar cheesecake Jiha tak berapa cantik layer dia sebab tak penyabar nak potong cheesecake tu. Hehe. Percayalah, cheesecake ni sedap sangatt!! Jom cuba yer? Thanks Paul and Blair for this recipe. 




TRIPLE CHOCOLATE CHEESECAKE

*Sediakan loyang yang sesuai untuk cheesecake. Jiha guna cake ring je, saiz 23cm.

Untuk base cheesecake:
300g biskut coklat
125g mentega (dicairkan)

Cara-cara :
Cairkan mentega dan masukkan ke dalam biskut yang telah dihancurkan. Jiha guna biskut oat coklat tu sebab nak bagi ada rasa macam kacang2 sikit. Tekan adunan biskut dan mentega ke dalam loyang. Ni untuk dasar kek je yer.  Bila dah siap, masukkan loyang ke dalam peti sejuk sementara kita buat adunan cheesecake pulak.

Untuk cheesecake:
750g cream cheese
100g gula kastor
300ml thickened cream (Jiha campur cream dengan yogurt strawberry sebab cream tak cukup hehe - tapi still sedap)
200g white chocolate
200g milk chocolate
200g dark chocolate
3 tsp gelatine

*cairkan semua jenis coklat

Cara-cara:
Putar cream cheese dan gula kastor sehingga sebati dengan menggunakan mixer. Kemudian, masukkan cream. Putar lagi. Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas. Kacau sebati.
Bahagikan adunan cheese kepada 3 bahagian. 
Setiap bahagian adunan cheese, masukkan coklat yang berlainan - white choc, milk choc dan dark choc. Kacau hingga sebati.
Masukkan setiap adunan cheese ke dalam loyang yang dah ada base biskut tadi. Mulakan dengan adunan cheese + white choc. Masukkan dalam fridge kejap sebelum masukkan layer kedua, iaitu cheese + milk choc. Ulang lagi untuk layer atas sekali, cheese + dark choc. 
Jiha letak buah strawberry dekat tengah2 layer milk & dark choc tu. Yang ni optional nak letak ke tak.
Sejukkan adunan cheesecake dalam fridge semalaman. 
Sedia untuk dihidang! :)


Selamat mencuba!



Sunday, September 21, 2014

JJCM - Pizza San Francisco, The Mines

Minggu lepas teringin nak makan western food. Yelah, kalau duk dalam kampus memang hari2 makan nasi. Sekali-sekala tekak rasa nak makan western pulak. Demand. Maka, Jiha and the geng pun menapak gi The Mines sebab Mines jela yang paling dekat dengan UPM. Student UPM kalau tak gi Mines, memang tak sah hehe. Mula-mula planning nak gi makan dekat Secret Recipe je, tapi sampai dekat Mines tu tukar plan makan dekat PSF ni pulak. Sebab utama mestila sebab dekat PSF ni boleh guna student card utk dapat diskaun 20%. Jimat2. Lagi satu sebab Jiha dah pernah try makan dekat PSF cawangan Bangi, so nak try lagi. 

PSF ni ada banyak cawangan. Yang Jiha tahu dekat Bangi and The Mines ni jelah sebab yang ni je pernah gi. Dekat PSF ni, menu memang agak banyak. Tapi sayangnya, takde hidangan set, just ala carte. Harga pun okeyla, standard price. Jadi ayuhlah kita mulakan food review yer..

Okey, ni Cheesy Bread. Ada 6 keping. Yumm sedap! Cheese pun banyak. Harga RM8.90. Jiha ingat nak try buat Cheesy Bread ni. Tengah mencari resipi yang best2 untuk Cheesy Bread.

Yang ni pulak Lasagna Beef. Bagi Jiha, lasagna dekat PSF ni antara lasagna yang tersedap. Beef pun banyak. Jiha puas hati makan lasagna dekat sini. Bukan senang nak jumpa lasagna yang sedap. Recommended la untuk sape2 nak try lasagna dekat sini. Harga RM15.90.

Next, Mushroom Chicken. Yang ni kawan Jiha cakap biasa je. Tapi saiz ayam tu besar jugaklah. Harga tak ingat..


Time gi ni, Jiha tak order pizza sebab takut tak habis. Masa first time gi PSF cawangan Bangi, ada order pizza. Bagi Jiha pizza dia biasa je..sedap pizza dekat Pizza Hut lagi la. Oh lagi satu, orang cakap dekat PSF ni famous dengan Tiramisu. Tapi bagi Jiha, tiramisu dia tak sedap sangat. Pernah try dekat cawangan Bangi. Overall, PSF ni ada menu yang best and ada yang kurang best. Normal la tu. Kalau student macam Jiha ni, tak boleh selalu la makan macam ni. Student kan..kalau ada orang belanja takpe..hehe.

Rating : 3/5


Wednesday, September 17, 2014

Satu Gambar, Ada Ceritanya - Pavlova @ Serai Empire



Siapa peminat Pavlova? Jiha nak share satu tempat yang ada Pavlova super best. Ni dekat Restoran Serai, Empire Shopping Gallery, Subang. Memang terbaik Pavlova dia. 2 layer. Meringue Pavlova ni pon rangup di luar, cair dalam mulut. Pendek kata memang sedap laa..Harga dalam RM14++ kalau tak silap. Serius takkan menyesal kalau try ni. Nak bandingkan dengan Pavlova dekat lain yang Jiha pernah try, Pavlova dekat Serai ni yang paling best. Hewhew :)

Sunday, September 14, 2014

Ikan Kerapu Masak 3 Rasa

Assalamualaikum..

Okey, taknak buat intro panjang-panjang yer. Harini Jiha share resipi Ikan Kerapu Masak 3 Rasa, my mom style. Resipi campak-campak katanya. Campak-campak pon sedap dan memang favourite family Jiha la ni. Kalau makan ni dengan tomyam and nasi panas..fuhh sedapnyaa!!! Satu lagi, guna ikan saiz besar, macam kerapu atau siakap..memang menyengat la hehe. Jom tengok resipi..daaa~

IKAN KERAPU TIGA RASA

Bahan-bahan :
Seekor ikan kerapu/siakap bersaiz besar
Garam dan serbuk kunyit

*Goreng dahulu ikan (lumur dengan garam dan sedikit serbuk kunyit) sehingga garing.

Untuk kuah :
4 ulas bawang putih
Sebiji bawang besar (potong dadu)
Satu sudu besar ciliboh/cili kisar
3-4 sudu besar sos cili
3-4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit cuka
Gula dan garam secukup rasa 
Satu sudu kecil Maggi cukup rasa
Timun batang dan carrot (potong dadu)

Cara-cara :
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih yang ditumbuk dan bawang besar yang dipotong dadu. Kemudian, masukkan ciliboh.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan cuka. Kacau sebati.
  • Masukkan timun batang dan carrot. Biarkan sebentar dan masukkan bahan perasa (garam, gula, Maggi cukup rasa). Tambah sedikit air jika mahukan kuah lebih. Biarkan kuah mereneh seketika. 
  • Curahkan kuah di atas ikan yang telah digoreng. 

Selamat menjamu selera!


Wednesday, September 10, 2014

Satu Gambar, Ada Ceritanya - Kek Secret Recipe

Assalamualaikum..


Secret Recipe memang famous dengan pelbagai jenis kek. Jiha pun memang suka kek dekat SR. Kalau keluar gi mana-mana, memang suka usha kek SR dan akan beli jugak 1 slice. Tak boleh tahan nafsu hehe. So harini Jiha nak share kek favourite Jiha, yang Jiha selalu beli kalau singgah SR. White-dark Choc Cheesecake ni la kek favourite Jiha. Jiha kan memang 'hantu' coklat + cheese, kek yang Jiha paling suka pun memang kena ada kaitan dengan coklat dan cheese. Cantik pulak tu layer kek ni..suka tengok layer kek ni, kemas je kan. Tapi yang sedihnya..kalau dekat Pantai Timur, kek ni susah sikit nak jumpa. Macam Jiha kan rumah dekat Besut Trg, SR dekat Jerteh memang takde kek ni. Aiyoyoo...

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk wanita bertudung, biasanya memang ada masalah dengan rambut kan sebab kadang-kadang kita terus pakai tudung time rambut basah lagi atau bila kita bertudung, rambut selalu gugur ke apa kan..but Alhamdulillah, sekarang dah banyak produk untuk kita selesaikan masalah rambut wanita bertudung..dan semestinya Sunsilk Lively Clean & Fresh sangat2 berkesan untuk masalah ni. Alaa yang Sunsilk botol hijau yang Heliza jadi duta tu. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh tengok dekat link bawah ni yer.

Sunsilk Lively Clean & Fresh



Oh ya, tahun ni Sunsilk ada buat digital contest - share kisah menarik dengan Sunsilk dan hadiahnya pun sangat lumayan. Fuhhh. Boleh share cerita dekat sini yer : Sunsilk -Menemanimu Sejak Tahun 2000

Good luck! :)

Tuesday, September 9, 2014

Red Velvet Cookies

Assalamualaikum..

Sekarang ni Jiha dah pun ada dekat UPM. Cuti semester yang 3 bulan tu dah habis. Sobs. Doakan Jiha yer untuk semester baru ni..Entry ni sebenarnya entry tertunggak. Red Velvet Cookies ni Jiha buat masa raya haritu. Ni namanya memang tertunggak ni..kalau bil elektrik ni, mau dah kena potong. Hewhew

Jiha tengok resipi ni dekat blog blogger masakan favourite Jiha, Kak Azlita Masam Manis. Sekali tengok resipi ni, dah terus jatuh cinta. Tengok bahan-bahan pun senang dan mudah nak dapat, jadi apa lagi..memang Jiha buat la.. Lepas dah buat, memang tak dinafikan yang cookies ni sedap sangat! Dah la masa cookies ni berehat dalam oven tu..bau cookies ni semerbak satu rumah. Wangi...terkenang pulak dekat cookies ni....

RED VELVET COOKIES
Rujukan : Kak Azlita Masam Manis

Bahan-bahan :
120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips
 
Cara-cara :
Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh)
Bakar selama 20 minit
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Friday, September 5, 2014

Keep Fit - Senaman di Rumah

Assalamualaikum..

Zaman sekarang ni memang banyak berlaku masalah kegemukan dan obesiti. Bagi perempuan, inilah masalah yang paling kami takuti, takut nanti tak lawa. Suka makan banyak, tapi malas bersenam. K terasa. *sigh. Orang perempuan biasanya tak terlalu rajin untuk bersenam. Kalau yang suka bersenam, Alhamdulillah dan tahniah. Jangan kerana badan dah kurus, kita jadi kurang bersenam.

Jiha nak share stail Jiha untuk keep fit. Jiha lagi suka buat exercise di rumah. Selain daripada buat kerja-kerja rumah, inilah yang Jiha selalu praktikkan. At least dapat keluarkan peluh pun dah okey sangat daripada tak keluar peluh langsung. Tapi sekali-sekala kena keluar jugak exercise yer. 

Gambar dari Google

Rujuk gambar di atas yer. Jiha syorkan surirumah buat senaman dekat rumah macam ni. Senang dan tanpa sebarang alatan. Jiha takdelah rajin sangat nak buat semua macam dalam gambar. Tapi yang Jiha selalu buat adalah sit-up, squat dan jumping jacks atau lompat bintang. Sit-up bagus untuk perut, squat untuk kaki dan lompat bintang untuk seluruh badan. Sebelum tidur buat je sit-up atas katil. Naik turun tangga dan berjalan kaki juga baik untuk kesihatan. Untuk permulaan, jangan terlalu paksa diri untuk buat senaman2 ni. Buat sikit-sikit dulu untuk elakkan badan terkejut sebab tiba-tiba buat senaman hehe. Bila dah biasa, baru slow-slow buat lama. Memang badan akan rasa sakit lepas buat senaman ni, tapi sebenarnya rasa sakit atau lenguh tu menunjukkan senaman yang kita buat tu berkesan.
Gambar dari Google
Mulakan sekarang untuk lebih sihat dan lebih kurus. Good luck! :)

Wednesday, September 3, 2014

Satu Gambar, Ada Ceritanya - Kacang Pool Haji

Assalamualaikum everyone!

Jiha ingat nak buat entry 'Satu Gambar, Ada Ceritanya' pada setiap hari Rabu. K saja je kann nak bagi ada entry setiap minggu. Hewhew. Taknak dah jadi blogger suam-suam kuku yang lama tak update blog. Jadi, sekurang-kurangnya kalau takde resipi nak masuk dalam blog, Jiha akan buat entry macam ni every Wednesday. Satu entry satu minggu pon okey ape bagi student macam Jiha. Hehe. Bagi entry 'Satu Gambar, Ada Ceritanya' ni, Jiha akan lebihkan pasal makanan. Food is my passion. Mungkin banyak tentang makanan yang Jiha makan dekat luar. Tapi kalau kadang-kadang bukan pasal makanan pun, aci je kan? Jiha akan kongsi apa-apa yang menarik insyaAllah.


Baiklah, untuk first entry macam ni, Jiha akan start dengan gambar dekat atas ni. Sape kenal tu apa?? Orang Johor mesti tahu. Ni lah Kacang Pool Haji. Jiha makan ni masa g JB haritu dekat Medan Selera Larkin. Sedap woo. Jeles pulak dengan orang Johor sobsob. Kuah kacang pool ni pekat, ada daging cincang dan rasa lagi best dengan kacang pool tu. Siap ada telur gitu lagi. Gaulkan dengan bawang dan cili lalu diperah sedikit limau. Kemudian ianya disajikan dengan sekeping roti yang dibakar sedikit. Memang ngam2 sekeping roti tu dengan semangkuk kuah kacang pool tu. Sedap sangat!! Inilah antara hidangan enak di Johor dan pastinya ada sejarahnya yang tersendiri. Tahniah Haji K Pool, pemilik resipi Kacang Pool Haji ni. I adore you.

Okey, sampai sini dulu untuk first entry macam ni. InsyaAllah akan istiqamah untuk buat entry macam ni setiap hari Rabu. Hehe. :)


Tuesday, September 2, 2014

Sambal Sotong Simple

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Malaysia telahpun mencapai kemerdekaan yang ke 57 tahun pada tahun 2014. Disini Lahirnya Sebuah Cinta..syukur kita dapat hidup dalam suasana yang aman damai. I love Malaysia!

Harini Jiha nak kongsi resipi Sambal Sotong aje. Senang. Semua orang suka makan Sambal Sotong kan? Hehe. Okey, jom tengok resipi lah yer.


SAMBAL SOTONG

Bahan-bahan :
Beberapa ekor sotong bersaiz sederhana - cuci bersih2 dan potong stail masing2
4-5 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu besar cili kisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Sedikit pes/air asam jawa
Garam, gula, perasa secukup rasa

Cara-cara:

  • Kisar/tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga harum dan masukkan cili kisar sehingga terbit minyak. 
  • Kemudian, masukkan sos cili dan sos tomato serta pes/air asam jawa supaya berkuah. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  • Akhir sekali, masukkan sotong dan masak sehingga sotong mengecut, lebih kurang 4-6 minit. Siap :)




Wednesday, August 27, 2014

Oreo Brownies

Assalamualaikum.



Harini teringin nak makan kek coklat. Tapi bila fikir2, boring pulak kek coklat. Amboii.... :p


Jadinya, harini Jiha buat Oreo brownies ni. Sedap sangat sebab penuh dengan rasa coklat. Jiha guna coklat Vochelle untuk brownies ni, Jiha lagi suka guna coklat yang biasa kita makan dari guna coklat masakan sebab lagi sedap. Nak buat brownies ni senang sangat dan tak menggunakan mixer. Jiha just kacau adunan brownies ni guna whisk and here you go..you will get a perfect brownies for your sweet tooth! Tambahan lagi, brownies ni kan memang nipis je atau kita panggil kek bantat, jadi kalau makan ni susah nak rasa muak. Kalau yang minat biskut oreo, haa ni la pilihan yaang tepat kalau dah boring makan biskut oreo saja2. Kita boleh pelbagaikan jadi kek, brownies, aiskrim, puding dan sebagainya. Hehe. Oreo brownies ni memang sesuai untuk makan time minum petang.  Tak perlu masukkan dalam peti sejuk pun takpe, sebab brownies tak sejuk pun still rasa sedap. Okey, silalah cuba. Wink! ^_^


OREO BROWNIES

Bahan-bahan :

90g butter / marjerin (Jiha guna marjerin Daisy)
250g milk chocolate
85g gula kastor
2 biji telur
Sedikit esen vanilla
50g tepung gandum
Sedikit baking powder
10-12 kpg biskut Oreo (bahagikan kepada 2, separuh untuk dihancurkan letak dlm adunan brownies & separuh lagi untuk hiasan brownies)

Cara-cara :
  • Panaskan oven 170c .
  • Cairkan coklat dan marjerin dengan menggunakan kaedah double-boiler. Tutup api bila sudah cair.
  • Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga sebati. Seterusnya, masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau dengan menggunakan whisk.
  • Masukkan tepung, baking powder dan biskut oreo yang dihancurkan, kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang(Jiha guna loyang saiz 8×8) yang telah digriskan dengan mentega atau baking paper. Hiaskan dengan biskut Oreo.
  • Bakar di dalam oven selama 25-30minit atau sehingga masak. Sedia untuk dihidangkan.







Tuesday, August 26, 2014

Air Ribena Berlaici dan Bersoda?

Assalamualaikum..


Anda dahaga? Ecehh..hehe. Jom buat air ribena berlaici dan bersoda ni. Jiha suka air ni sebab memang menyegarkan bila masuk lalu dalam tekak. Yelah, gabungan antara ribena, laici dan air soda memang refreshing. Kalau minum time dahaga memang refreshing! Ayuh buatt~♥

AIR RIBENA BERLAICI DAN BERSODA

Sedikit kordial Ribena atau blackcurrant
3/4 cawan air soda (Jiha guna F&N)
Laici dalam tin (campurkan juga air laici sikit)
Satu sudu gula
Sedikit air
Ais

Cara-cara : 
  • Campurkan semua bahan2 dan kemudian, masukkan ais. Senang saja. Hehe






Sunday, August 24, 2014

M&M Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum..

Malaysia sememangnya sedang diuji oleh Allah SWT. Bermula dengan tragedi MH370, dan kemudian MH17, ujian ini sangat berat bg Malaysia. Jiha harap keluarga mangsa2 tragedi ini terus tabah dan kuat. Kita semua hanya mampu berdoa semoga roh2 mangsa tragedi sentiasa dicucuri rahmat. Amin..


Baiklah, harini Jiha nak kongsi resipi cookies. M&M Choc Chip Cookies ni Jiha selalu buat tiap2 kali balik rumah time cuti semester. Kadang2 ada juga dapat order untuk cookies ni ^_^

Cookies ni sedap dan lagi nampak yummyy bila kita letak coklat M&M. Jadinya..double yummy laa..hehe. Untuk resipi ni, Jiha guna resipi Double Choc Chip Cookies ni, cuma tak letak serbuk koko. Senang sangat. Bolehlah cuba yer? ;)

M&M Choc Chip Cookies

Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain : 
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
Sedikit air nescafe, kacau dengan kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - OptionalCoklat M&M secukupnya

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur + nescafe dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan kekacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan coklat M&M.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...