Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Sira Labu

Sira Labu merupakan antara makanan yang popular di Pantai Timur, terutamanya di negeri Kelantan. Jiha biasa makan sira labu ni dekat kenduri, tapi sekarang dah jarang jumpa. Sira labu ni antara favourite Jiha, biasanya makan dengan nasi atau boleh juga dibuat sebagai dessert. Di Kelantan biasanya kami makan sira labu dengan nasi, tapi kalau dekat KL biasanya ramai makan sira labu sebagai dessert. Terpulang kepada diri masing-masing. Okey, jom tengok resepi mudah dan semestinya sedap ni yer. Sukatan gula tu terpulang pada individu tau, kalau taknak manis sangat kurangkan gula yer. Lagi satu, tak perlu tambah air sebab nanti air tu akan keluar sendiri dari gula dan labu. Let's try this okey? ☺

SIRA LABU

Bahan-bahan:
Sebiji labu
Sedikit air kapur

*Buang kulit, potong labu dan rendam labu dalam air kapur selama 1-2 jam.

1 cawan gula - boleh kurangkan atau tambahkan kalau suka manis
Sedikit gula melaka
6 helai daun pandan


Cara-cara:
Tapis labu dari air kapur. Jangan basuh labu selepas direndam dalam air kapur.
Susun labu di dalam periuk dan taburkan gula dan gula melaka. Letakkan juga daun pandan. Buat secara selang-seli. (Rujuk gambar)
Tutup periuk dan masak labu di atas dapur dengan api yang kecil. Tempoh masa lebih kurang 1jam atau sehingga labu empuk. 
Sedia untuk dihidangkan! ;)

Tuesday, August 19, 2014

Congo Bars

Assalamualaikum.

Tinggal lagi 3 minggu sebelum masuk sem baru dkt UPM. Sobs cuti dah nak habis. Lama sangat cuti ni, memang malas sikit la nak gi UPM. Hehe. Otak pun dah lemau. Lol

Baiklah, harini jom tengok resipi Congo Bars ni. Jiha rujuk resipi Congo Bars ni dari Bakerella. Tapi HARUS diingatkan, resipi Congo Bars dari Bakerella memang guna banyak gula. Jadi kena pandai kurangkan atau seimbangkan guna choc chips. Macam Jiha, Jiha guna banyak dark choc chips nak bagi kurang rasa manis tu. And Jiha jugak kurangkan kuantiti gula tu.


Tekstur Congo Bars ni macam brownies + cookies. Camane tu? Hewhew. Sedap. Lagi satu, untuk Congo Bars ni, Jiha tak guna hand/stand mixer. Just guna spatula je. Senang kan? Jadi mesti cuba yer? ^_^

CONGO BARS

Bahan-bahan :
2/3 cawan butter / marjerin
300g gula perang (kurangkan yer hehe)
3 biji telur
1 tsp esen vanilla
2 3/4 cawan tepung gandum*
1 tsp baking powder*
Sedikit garam
2 cawan choc chip (Jiha guna dark choc chip)
150g almond nib atau apa2 jenis kacang

Ayak bahan *



Cara-cara:

  1. Whisk butter dan gula sampai sebati dengan menggunakan     spatula. Kemudian masukkan telur satu persatu dan whisk     lagi.
  2. Masukkan vanilla. Kemudian masukkan choc chip & kekacang.
  3. Lastly, masukkan bahan kering (tepung, garam & baking powder) dan gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang 10'×10' yang telah digriskan dengan butter. Hiaskan dengan choc chip & kacang.
  5. Bakar adunan dengan suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak.





Sunday, August 17, 2014

Puding Coklat Sos Kastard

Assalamualaikum.

Masih tak terlambat Jiha nak ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir batin untuk semua. Sebab baru update blog ni hehe. Lagipun raya sebulan ye dak? ;)

Okeylah, back to our main point, harini Jiha nak share resipi Puding Coklat Sos Kastard ni. Mmg mabeles. Mmg sedap. Kanak2 pun suka. Perfect dessert! Chocolate and kastard can be a good friend. Cuba yer? ^_^



PUDING COKLAT SOS KASTARD
Rujukan : Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain)
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair 
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.



Wednesday, May 22, 2013

Toffee Caramel Cheesecake

Assalamualaikum.


Haa..ada yang terliur tak tengok kek ni? Jiha masa first time tengok gambar kek ni dekat blog Najah Bakery, terus rasa terliur. Nak order dgn Najah Bakery kang jauh sgt pulak. Dekat Perlis nuu. Haddoii. Jadi, penyelesaiannya, Jiha google jela resipi ni. Alhamdulillah, jumpa jugak dekat blog Rasa Basyirah. 

Kek ni dilimpahi dengan sos karamel sebagai topping dekat atas kek. Fuyoo, topping dia memang sedap. Tapi, kek ni takleh makan banyak2 yer, takut gemuk nanti haha. Apepun, kek ni sangatlah yummylicious gituu..nahh..Jiha panjangkan resipi kek ni dekat sini yer, sape nak try bolehlaa. Terimakasih kepada empunya resipi. Daa..



TOFFEE CARAMEL CHEESECAKE
Sumber : Rasa Basyirah



Bahan base:

150 gm biskut marie
130 gm butter cair

Cara:

1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.

Tofee :

Bahan:

40 gm almond nib
60 gm gula kastor

Cara:

1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.

2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.

Bahan Cheese:

200 gm cream cheese
20 gm gula kastor
8 gm gelatin
60 gm air
200 gm whipped cream (whisk dahulu)

Cara:

1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.

2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata

3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.

4-Sejukkan dalam peti ais.


Topping :

1/2 cawan brown sugar

1 cawan anchor whipping

1 tsp butter

Cara:

1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik


Hiasan

100 gm walnut (imported) di tos dan cincang

Cara:

1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan

*sebaiknya sejukkan kek ni semalaman.


Tuesday, May 21, 2013

Kek Karamel Pelangi - Lama Betul Tak Update Blog!

Assalamualaikum wbt..

Lama betul tak update blog..*bunyi cengkerik..
Nak kata busy tak jugak. K mengaku jelaa hang malas Jihah oii..hikhik.. But now i'm back. Hurmm harap-harap lepas ni rajin lah yer update blog kesayangan ni. Walaupun dah lama tak update blog, tak bermakna sekarang Jihah dah masuk dapur yer..nonono.. Sekarang ni memang banyak try masak2, sebab nanti bila dah start belajar balik, takde masa dah nak masuk dapur. Memasak tak susah kalau rajin mencuba - falsafah diri sendiri..ceitt.. Hehe

Oh iya..Jiha dah dapat result STPM bulan mac hari tu ( cerita lama yer tuan puan ). And Alhamdulillah..Jihah dapat result okey = 3.5 and above.. :) Alhamdulillah thankyou Allah..
Okey dah2. Hari ni nak kongsi resipi Kek Karamel Pelangi ni. Sebenarnya kek ni Jihah jual jugak hihi. Harus berterimakasih kepada tuan empunya resepi ni iaitu Kak Munirah . Kek ni memang sedap sangat, tambah2 bila ada gabungan puding dan kek. Lepas tu warna-warni pulak, lagi lah menampakkan kek ni begitu menggiurkan. Ewahh2..


Jiha suka kalau puding karamelnya tebal sikit, lagi best. Untuk resipi ni, Jiha cnp dr blog E-na Lovely Kitchen . Lapisan pudingnya lebih tebal..so yummyyyyy..

KEK KARAMEL PELANGI



Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. 
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. 
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek.
Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)

  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. 
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. 


Sunday, February 3, 2013

Chocolate Mousse

Assalamualaikum semua..nahh..hari ni kita makan dessert yer..aci kan? aci2~


Jiha buat choc moussse ni sebab nak perabiskan stok whip cream dalam esbok tu.. Ada whip cream lebih lepas buat Choc Cheesecake hari tu. Kang kalau dibiarkan whip cream tu berehat dlm esbok lama2, konfem2 nanti dah tak boleh guna.


Cakap pasal choc mousse ni, macam2 cara ada untuk buat ye dak? Semua ikut citarasa masing2, yang penting hasilnya memuaskan hati sesiapa sahaja. 'Skema' aihh ayat hari ni hehe. Okey, taknak mukadimah panjang lebar, kita terus ke resepinya ye. Macam ni la kalau Jiha buat choc mousse ni, senang yg amat sangat. Proses pun tak lama, dalam setengah jam..tapi make sure kena sejukkan dalam fridge tu lebih kurang 4-5 jam baru best nak makan. Memang sejuk la rasa tekak kita bila choc mousse ni masukk..yummy! K, selamat mencuba..daa~



CHOCOLATE MOUSEE

Bahan-bahan ( dapat 4 bekas ) :

1 cawan whipping cream
2 biji telur - asingkan kuning dgn putih telur
5 sudu gula halus
250gm choc masakan
Sesudu marjerin/ butter
1/2 sudu serbuk nescafe - bancuh dgn sedikit air
1 sudu esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul whipping cream menggunakan whisker/mixer sampai stiff peak. 
  2. Dalam bekas yg lain, masukkan kuning telur dan gula. Kacau sampai telur tu bertukar kaler jadi cerah sikit. Dalam 3-4 minit mcm tu lah..
  3. Dalam bekas yg lain lagi, cairkan choc masakan dan marjerin dgn menggunakan teknik double boiler. Lepas choc dah cair, masukkan serbuk nescafe yg dah dibancuh dgn air.
  4. Masukkan adunan kuning telur tadi ke dalam adunan choc kita. Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler jgk. Kejap je, lepas tu angkat dan ketepikan.
  5. Pukul putih telur dalam bekas lain sehingga stiff peak/kembang. 
  6. Akhir sekali, gabungkan kesemua adunan ( whip cream, choc dan putih telur ). Kacau adunan sehingga sebati - Jangan terlebih kacau supaya texture mousse kita tak hilang. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. 
  7. Sejukkan mousse dalam fridge selama 4-5 jam atau semalaman. Sedia dimakan :)

Enjoy your mousse.. ^_^

Tuesday, January 22, 2013

Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran sebab tuan blog kebizian. Bizi lah sangat.. Jiha sebenarnya buat bisnes kecil-kecilan sementara tunggu result STPM keluar dan sementara tunggu kemasukan ke universiti utk degree nanti. Harap2 keputusan okey, dapatlaa sambung belajar lagi nanti. hee..

Okeylah, hari ni Jiha share resipi Kek Lapis Cheese Persona yg dipopularkan oleh Ryo Azhar ni. Blogger masakan kebanyakannya memang dah cuba buat kek ni..best sesangattttt..



Gambar ada satu jee..sebab masa buat ni, semua tak sabar nak makan..takpelah hasilnya sememeh pon, janji sedap..hehe..Sebenarnya dah lama dah buat nii..tahun lepas lagi hehe..

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
Sumber : Ryo Azhar

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) - Jiha guna biskut tiger yang perisa coklat tu jee..
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Sedap! :)

Tuesday, January 15, 2013

Pavlova

Assalamualaikum..


Sebenarnya Jiha buat Pavlova ni dah lama. Tapi Pavlova ni tak kembang cun melecun macam yang orang lain buat hihi. Layan resipi jomm..

PAVLOVA
Sumber : Kak Irma


Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.

Thursday, December 27, 2012

Puding Trifle

Assalamualaikum.



Hari ni Jiha kongsikan resipi puding trifle yang menjadi dessert kegemaran family Jiha sebab puding ni memang sedap. Dah banyak kali buat puding ni. Jiha kenal puding trifle ni sebab bestfriend Jiha , Shima bawa semasa jamuan hari raya dekat sekolah. Terberkenan pulak lepas first time rasa, terus mintak resipi dari Shima. Terima kasih Shima sayang oiii..

Puding trifle ni kalau kita google resipi dia memang macam2 rupa, ada yang suka letak whipping cream, buah pic dsb. Jiha buat macam biasa jee, letak kek gulung sebagai lapisan bawah, kastard di tengah dan jelly + buahan koktel bagi lapisan atas. Simple, yang penting sedap.

Biasanya untuk kek swiss roll Jiha guna yang perisa coklat, tapi yang perisa coklat dah habis pulak masa Jiha pegi kedai hari tu, jadi guna yang perisa pandan. Sedap jugak. Okeylah, selamat mencuba...




PUDING TRIFLE

Bahan-bahan:
Kek swiss roll / apa-apa kek
1 tin susu cair
1 tin cocktail buah campuran
4-5 sudu tepung kastard
1 paket serbuk agar-agar jelly - Jiha biasa guna yang jenama Nona, perisa strawberry
Gula

Cara-cara:
  • Potong kek swiss roll dan susun dalam bekas (susun rapat-rapat, tiada ruang kosong).
  • Masukkan sedikit air buahan cocoktail supaya kek lembap. Ketepikan.
  • Untuk adunan kastard, masukkan susu cair dan gula ke dalam periuk, buka api dapur. Kacau hingga sebati dan berbuih.
  • Bancuh tepung kastard dengan sedikit air. Kemudian, masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau hingga adunan likat. Guna api slow aja. Bila dah siap, tutp api dan masukkan adunan kastard dalam bekas kek swiss roll tadi. Sejukkan sebentar.
  • Letakkan buah cocoktai di atas adunan kastard tadi.
  • Sediakan agar-agar jelly ( ikut arahan pada kotak jelly tersebut ). Kemudian, tuang ke dalam bekas puding tadi.
  • Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dimakan.
Yang ni Jiha guna agar2 jelly kaler hijau pulak ^_^

Friday, December 21, 2012

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga Jiha bina blog ni. Jiha lebih memilih untuk buat blog masakan, sebab hobi saya yang suka cuba resipi baru, terutama kek dan dessert. Blog ni juga akan jadi tempat saya menyimpan semua resipi sebagai rujukan saya sendiri (sebab bukan semua resipi saya ingat hihi).  :)

Sebenarnya sekarang saya sedang bercuti panjang selepas tamatnya peperiksaan STPM pada 121212 baru2 ini (result? alahaiiii). Jadi banyaklah masa di rumah yang dapat saya manfaatkan untuk cuba resipi2 baru, insyaAllah.  :) Jiha menetap bersama keluarga di Besut, Terengganu. Jiha anak sulung dari 7 beradik. Adik yang bongsu,  Hazirah sudah berusia 6 tahun..dah besar dah semua..

Meet my mom :)


Ok, taknak cakap panjang2 sebab nanti teringat pulak soalan2 STPM hihi. Ini dia resipi pertama yang dapat di-post-kan disini, Puding Laici Dangdut. Jiha suka puding ni sebab pudingnya yang lembut dan berdangdut hehe. Puding ni pun senang sangat nak dibuat, dan adik-adik Jiha yang ramai ni pun suka puding ni.



PUDING LAICI DANGDUT
Sumber : Chef Hanieliza


Bahan B
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram] 
6 gelas air 
11/2 cawan gula 
1 tin susu cair 
1 tin laici dalam tin.
1 tin laici [untuk hiasan] 

Cara: 
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih. 
2. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis] 
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. 
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil, Jiha buat    dalam bekas kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk. 
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi. 


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...