Jiha buat choc moussse ni sebab nak perabiskan stok whip cream dalam esbok tu.. Ada whip cream lebih lepas buat Choc Cheesecake hari tu. Kang kalau dibiarkan whip cream tu berehat dlm esbok lama2, konfem2 nanti dah tak boleh guna.
Cakap pasal choc mousse ni, macam2 cara ada untuk buat ye dak? Semua ikut citarasa masing2, yang penting hasilnya memuaskan hati sesiapa sahaja. 'Skema' aihh ayat hari ni hehe. Okey, taknak mukadimah panjang lebar, kita terus ke resepinya ye. Macam ni la kalau Jiha buat choc mousse ni, senang yg amat sangat. Proses pun tak lama, dalam setengah jam..tapi make sure kena sejukkan dalam fridge tu lebih kurang 4-5 jam baru best nak makan. Memang sejuk la rasa tekak kita bila choc mousse ni masukk..yummy! K, selamat mencuba..daa~
CHOCOLATE MOUSEE
Bahan-bahan ( dapat 4 bekas ) :
1 cawan whipping cream
2 biji telur - asingkan kuning dgn putih telur
5 sudu gula halus
250gm choc masakan
Sesudu marjerin/ butter
1/2 sudu serbuk nescafe - bancuh dgn sedikit air
1 sudu esen vanilla
Cara-cara :
- Pukul whipping cream menggunakan whisker/mixer sampai stiff peak.
- Dalam bekas yg lain, masukkan kuning telur dan gula. Kacau sampai telur tu bertukar kaler jadi cerah sikit. Dalam 3-4 minit mcm tu lah..
- Dalam bekas yg lain lagi, cairkan choc masakan dan marjerin dgn menggunakan teknik double boiler. Lepas choc dah cair, masukkan serbuk nescafe yg dah dibancuh dgn air.
- Masukkan adunan kuning telur tadi ke dalam adunan choc kita. Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler jgk. Kejap je, lepas tu angkat dan ketepikan.
- Pukul putih telur dalam bekas lain sehingga stiff peak/kembang.
- Akhir sekali, gabungkan kesemua adunan ( whip cream, choc dan putih telur ). Kacau adunan sehingga sebati - Jangan terlebih kacau supaya texture mousse kita tak hilang. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
- Sejukkan mousse dalam fridge selama 4-5 jam atau semalaman. Sedia dimakan :)
Enjoy your mousse.. ^_^
nampak sedap..!!
ReplyDeletemmg sedap :)
Deletebestnya kalau berjiran dgn jiha hehe...
ReplyDeletehehe. boleh je kalau nk brjiran hee~ :)
DeleteAslmkum Najihah
ReplyDeleteyummynya tengok choc mousse itu...pasti penuh dg rasa choc..
wslm..mmg rasa sgt choc sbb letak byk choc masakan.. :)
Deletesedapnya...rajin adik Jiha ni
ReplyDeletewahh. tak pernah lagi buat mousse guna putih telur yg di whip. btw, nk tnye sikit, kalau dah siap utk dimakan, ade bau2 telur x?
ReplyDeletetakde bau telur.. :)
Deleteletak icecream ke atas tu?? ke mmg cmtu??
ReplyDeleteade setengah org letak gelatin..ade beza ke??
assalamualikum.... jiha.. whiping cream tu yg non dairy ke dairy...
ReplyDeleteSalam.. gula halus tu .. sudu besar ke sudu teh ye?
ReplyDeleteesen vanila masuk kat mana
ReplyDelete