Monday, January 7, 2013

Ayam Masak Merah Madu

Assalamualaikum.

Baru-baru ni buka FB riuh orang duk cakap pasal ribut Sonamu yang dijangka melanda negeri Pantai Timur terutama Terengganu. Ya Allah, terkejutnya bila tahu pasal ni. Ribut ini dijangka akan bermula pada 7jan hingga 9jan, bermakna pada hari ini. Ya Allah, lindungilah kami rakyat Pantai Timur. Harap2 semuanya selamat, insyaAllah.



Baiklah, berbalik pada resipi hari ini, Jiha masak Ayam Masak Merah Madu ni sebagai menu tengah hari tadi. Jadi pagi tadi Jiha google2 resipi ayam, jumpa dengan resipi Ayam Masak Merah Madu dari blog CikMin . Berkenan pulak tengok, lagi2 bila teringat madu ada lagi dekat dapur tu. :)

Resipi ni sebenarnya CikMin dapat dari blogger masakan terkenal Malaysia, iaitu Mat Gebu. Jadi, terima kasih Jiha ucapkan buat kedua-duanya. Jiha copy resipi di sini pula yer..

AYAM MASAK MERAH MADU
Sumber : CikMin
Rujukan : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :
500 g ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
3 camca besar cili merah
6 ulas bawang merah*(cikmin gantikan dengan 2 biji bawang besar)
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili sos
3 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam
2 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris bulat (resipi asal tak letak)
Garam secukup rasa
Air secukupnya


CARA MEMBUATNYA :
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

Thursday, January 3, 2013

Cheese Tart

Assalamualaikum. :)

Selamat tahun baru 2013. Semoga tahun ni kita semua dapat jadi yg lebih baik dari sebelumnya amin :)

Resipi cheese tart ni Jiha ambil dari Blog K.Ita masam manis . Senang sebab ada step by step, sesuai la untuk Jiha yang masih dalam proses 'pembelajaran'. Budak baru nak belajar, memang kena tunjuk satu2 hehe. Terimakasih diucapkan kepada K.Ita. Suka jenguk blog K.Ita sebab gambar makanan cantik2 dan pastinya semua resipi best2 belaka.




Cheese tart ni Jiha buat dengan 3 rasa filling, iaitu blueberry, strawberry dan kiwi. Tamak haloba nak buat semua rasa hehe. Kadang2 tambah 1 lg filling mango. Tapi bab melorek tart ni memang angin M selalu datang, jadi kita buat corak yg simple, namun enak pada pandangan mata hati jiwa raga. :p

Ok, layan resipi dulu. Untuk step by step, boleh terus ke blog K.Ita :)




CHEESE TART
Sumber : Kak Azlita Masam Manis

Bahan-bahan shell tart:
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart

Cara-cara:
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 
                                                                                                                                                                     


Sediakan filling yang kita suka (blueberry, strawberry, mango, kiwi etc). Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. 
Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.




Bahan-bahan cheese: 
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tart tadi. - Jiha lorek guna filling jee.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Yummy!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...