Monday, January 7, 2013

Ayam Masak Merah Madu

Assalamualaikum.

Baru-baru ni buka FB riuh orang duk cakap pasal ribut Sonamu yang dijangka melanda negeri Pantai Timur terutama Terengganu. Ya Allah, terkejutnya bila tahu pasal ni. Ribut ini dijangka akan bermula pada 7jan hingga 9jan, bermakna pada hari ini. Ya Allah, lindungilah kami rakyat Pantai Timur. Harap2 semuanya selamat, insyaAllah.



Baiklah, berbalik pada resipi hari ini, Jiha masak Ayam Masak Merah Madu ni sebagai menu tengah hari tadi. Jadi pagi tadi Jiha google2 resipi ayam, jumpa dengan resipi Ayam Masak Merah Madu dari blog CikMin . Berkenan pulak tengok, lagi2 bila teringat madu ada lagi dekat dapur tu. :)

Resipi ni sebenarnya CikMin dapat dari blogger masakan terkenal Malaysia, iaitu Mat Gebu. Jadi, terima kasih Jiha ucapkan buat kedua-duanya. Jiha copy resipi di sini pula yer..

AYAM MASAK MERAH MADU
Sumber : CikMin
Rujukan : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :
500 g ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
3 camca besar cili merah
6 ulas bawang merah*(cikmin gantikan dengan 2 biji bawang besar)
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili sos
3 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam
2 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris bulat (resipi asal tak letak)
Garam secukup rasa
Air secukupnya


CARA MEMBUATNYA :
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

1 comment:

  1. sedapnya ayam , lauk gini kalu masak memang laku je terutama kat anak2 sedara akak tu feberetlah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...