Friday, September 5, 2014

Keep Fit - Senaman di Rumah

Assalamualaikum..

Zaman sekarang ni memang banyak berlaku masalah kegemukan dan obesiti. Bagi perempuan, inilah masalah yang paling kami takuti, takut nanti tak lawa. Suka makan banyak, tapi malas bersenam. K terasa. *sigh. Orang perempuan biasanya tak terlalu rajin untuk bersenam. Kalau yang suka bersenam, Alhamdulillah dan tahniah. Jangan kerana badan dah kurus, kita jadi kurang bersenam.

Jiha nak share stail Jiha untuk keep fit. Jiha lagi suka buat exercise di rumah. Selain daripada buat kerja-kerja rumah, inilah yang Jiha selalu praktikkan. At least dapat keluarkan peluh pun dah okey sangat daripada tak keluar peluh langsung. Tapi sekali-sekala kena keluar jugak exercise yer. 

Gambar dari Google

Rujuk gambar di atas yer. Jiha syorkan surirumah buat senaman dekat rumah macam ni. Senang dan tanpa sebarang alatan. Jiha takdelah rajin sangat nak buat semua macam dalam gambar. Tapi yang Jiha selalu buat adalah sit-up, squat dan jumping jacks atau lompat bintang. Sit-up bagus untuk perut, squat untuk kaki dan lompat bintang untuk seluruh badan. Sebelum tidur buat je sit-up atas katil. Naik turun tangga dan berjalan kaki juga baik untuk kesihatan. Untuk permulaan, jangan terlalu paksa diri untuk buat senaman2 ni. Buat sikit-sikit dulu untuk elakkan badan terkejut sebab tiba-tiba buat senaman hehe. Bila dah biasa, baru slow-slow buat lama. Memang badan akan rasa sakit lepas buat senaman ni, tapi sebenarnya rasa sakit atau lenguh tu menunjukkan senaman yang kita buat tu berkesan.
Gambar dari Google
Mulakan sekarang untuk lebih sihat dan lebih kurus. Good luck! :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam kenal dri bahrain...mksih Jiha sdi singah dpur kmaz yg bru nk hidup tu...hebat la jiha ni wpun msih belajar rjin dan minat masak...teruskan minat ni ye...kmaz pun tak rjin mcm jiha ni...

    ReplyDelete
  2. Wslm kmaz..terima kasih jgk kmaz sudi singgah..sy sukantgok blog aka..hee ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...